Wang Tebusan Mangsa Culik Di Semporna RM10 Juta?

Diterbitkan: Khamis, 21 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Ketika tuntutan wang tebusan dibuat untuk pelancong yang menjadi mangsa culik, Chang An Wei, angka RM10 juta nampaknya menjadi sebutan sebagai jumlah yang diminta untuk pembebasannya.

Jumlah itu telah menjadi jumlah yang paling disebut-sebut selepas media Taiwan memetik Menteri Dalam Negeri Lee Hong Yuan dan ahli perundangan Tsai Cheng Yuan berkata bahawa panggilan untuk menuntut wang tebusan Chang telah dibuat.

Walau bagaimanapun, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata, mereka tidak mengetahui tentang tuntutan berkenaan kerana tiada komunikasi antara polis Malaysia dan lelaki bersenjata yang menculik Chang dari pulau peranginan Pom Pom berhampiran Semporna pada 15 November lalu.

"Jika terdapat komunikasi dengan orang lain, itu di luar pengetahuan kita, " katanya, mengenai dakwaan oleh media Taiwan bahawa tuntutan wang tebusan telah dibuat untuk Chang yang berusia 58 tahun itu.

Hamza berkata polis Malaysia telah memeriksa latar belakang keluarga Chang dan berkata mereka hanya orang biasa.

"Mereka tidak kaya dan tidak juga mempunyai hubungan baik seperti yang didakwa," kata Hamza yang sebelum ini bertemu dengan abang Chang, Richard bersama dua pegawai polis Taiwan di pejabatnya di Kepayan dekat sini.

Katanya, beliau telah memberi jaminan kepada Richard bahawa polis Malaysia telah melakukan apa yang boleh untuk membantu menjejaki Chang.

"Saya juga menggesa dia menghubungi polis Taiwan jika terdapat sebarang komunikasi daripada penculik supaya rakan-rakan kami di sana boleh memberi amaran kepada kita," kata Hamza.

Kumpulan lelaki bersenjata itu juga membunuh suami Chang, Li Min Hsu, 57, dalam serbuan awal pagi di resort.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan