Tiada Cadangan Hadkan Jangka Hayat Kereta - Timbalan Menteri Pengangkutan

Diterbitkan: Khamis, 21 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Aziz Karpawi
Aziz Karpawi

KUALA LUMPUR: Dakwaan bahawa kerajaan akan melupuskan kenderaan yang melepasi jangka hayat 12 tahun adalah tidak benar sama sekali, kata Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Karpawi.

"Kementerian tidak mempunyai cadangan untuk berbuat demikian kerana tindakan tersebut akan hanya membebankan rakyat dan kita tidak mahu melaksanakannya," katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen pada Khamis.

Beliau berkata sebagai mengulas artikel yang dimuat naik oleh Rafizi Ramli (PKR-Pandan) diblognya yang mendakwa Kementerian Pengangkutan telah mengesahkan untuk melupuskan kenderaan yang berusia lebih daripada 12 tahun daripada digunakan di jalan raya.

Pada sidang media yang sama Ketua Pengarah Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros), Prof Dr Wong Shaw Voon berkata adalah benar kenderaan yang berusia melebihi 12 tahun tidak selamat berada di jalan raya kerana ia mengundang risiko kematian lebih tinggi semasa kemalangan berbanding kereta baharu.

"Namun demikian, saya bersetuju dengan kementerian bahawa mereka tidak perlu melaksanakan had jangka hayat kenderaan sekarang kerana perlu menimbangkan kesan terhadap sosio-ekonomi sekiranya ia dilaksanakan.

"Kajian terperinci perlu dijalankan sebelum membuat keputusan sama ada jangka hayat kenderaan perlu ditetapkan atau tidak pada masa sekarang," katanya sambil menambah sebuah kereta pada asasnya mampu bertahan hingga 12 tahun.

Dalam perkembangan lain, Abdul Aziz berkata kerajaan juga tidak bercadang mengkaji semula kadar cukai jalan untuk memberikan diskaun atau pengecualian kepada kenderaan hibrid dan kenderaan yang menggunakan teknologi hijau

"Sekiranya terdapat cadangan sedemikian pada masa akan datang, pihak kementerian akan merujuk kepada Kementerian Kewangan kerana mereka bertanggungjawab dalam menentukan kadar cukai dan kesannya kepada kewangan negara," katanya.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan