Polis Perkenal Unit Elit Stafoc, Berkuatkuasa 1 Januari

Diterbitkan: Khamis, 21 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar ketika melihat dengan lebih dekat lagi Pasukan Elit Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) selepas Demonstrasi dan Majlis Pengenalan Pasukan Elit JSJ Polis Diraja Malaysia (PDRM) tersebut di Kompleks Latihan Taktikal Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (PULAPOL), Khamis. -fotoBERNAMA
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar ketika melihat dengan lebih dekat lagi Pasukan Elit Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) selepas Demonstrasi dan Majlis Pengenalan Pasukan Elit JSJ Polis Diraja Malaysia (PDRM) tersebut di Kompleks Latihan Taktikal Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (PULAPOL), Khamis. -fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Unit elit polis yang dikenali sebagai Pasukan Petugas Khas mengenai Jenayah Terancang (Stafoc) diperkenalkan secara rasmi pada Khamis dan akan berkuatkuasa 1 Januari depan untuk menangani kes-kes jenayah dan membanteras masalah berkaitan dadah.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata Stafoc bersifat 'multi tasking' dalam mengurus dan menangani kes-kes jenayah berat, jenayah bersindiket, gangsterism, perjudian, pelacuran dan pemerdagangan manusia.

"Pasukan ini dianggotai 400 orang yang dilatih khusus dengan pengendalian senjata tertentu dan taktik mempertahankan diri," katanya kepada pemberita selepas memperkenalkan unit itu di Kompleks Latihan Tektikal Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur Khamis.

Beliau berkata Stafoc diketuai oleh pegawai kanan berpangkat DCP dan anggotanya akan dilatih oleh dua pasukan komando polis iaitu Unit Tindakan Khas (UTK) dan Komando VAT 69.

"Dalam keadaan tertentu, mereka boleh dikerah untuk menyelamat mangsa-mangsa culik," katanya.

Mengenai kompleks latihan itu, Khalid berkata ia adalah pusat simulasi yang digunakan polis untuk melatih anggotanya dengan pelbagai bentuk keadaan.

Ditanya berhubung kehilangan 565,157 keping kad pengenalan yang direkod sehingga 1 Oktober lepas, Khalid berkata perkara itu boleh menjadi ancaman kepada keselamatan awam kerana ia mungkin dapat dipalsukan jika ditemui warga asing yang kemudiannya bergerak bebas menggunakan kad itu di negara ini.

"Jadi untuk itu, saya telah mengarahkan anggota saya supaya lebih berhati-hati ketika memeriksa kad pengenalan dan balai-balai polis juga dibekalkan dengan 'card reader' khas untuk kami mengesahkan sama ada kad pengenalan itu tulen atau palsu," katanya.

Semalam pada persidangan Dewan Rakyat, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar tidak menafikan ada kad pengenalan yang hilang itu telah diseleweng dan digunakan pendatang tanpa izin. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan