Persatuan Kereta Bantah Keras Cadangan Hadkan Jangka Hayat Kenderaan

Diterbitkan: Khamis, 21 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Beberapa kenderaan terpakai untuk dijual di kedai menjual kenderaan di Melaka.
Beberapa kenderaan terpakai untuk dijual di kedai menjual kenderaan di Melaka.

KUALA LUMPUR: Beberapa persatuan kereta dan pengguna membantah keras cadangan agar melupuskan kenderaan yang mencapai jangka hayat 12 tahun.

Mereka berkata tindakan sedemikian tidak harus dilaksanakan kerana harga kereta masih mahal dan pihak terlibat dalam perkara tersebut masih belum mengadakan rundingan mengenai isu berkenaan.

Presiden Persatuan Automotif Malaysia (MAA), Datuk Aishah Ahmad berkata mengehadkan jangka hayat kereta tidak harus dibenarkan kerana ia akan menimbulkan rasa sedih dan ketidakstabilan sosial.

"Mungkin pihak berkuasa boleh menggalakkan pemeriksaan tahunan bagi melihat sama ada kenderaan benar-benar boleh digunakan di atas jalan raya, atas dasar sukarela bagi kereta yang telah mencapai jangka hayat tertentu. Kita juga perlu ada lebih banyak pusat pemeriksaan kenderaan sekiranya ingin melaksanakan dasar sedemikian," kata Aishah kepada The Star di Kuala Lumpur Motor Show 2013 pada Rabu.

Cadangan tersebut dikemukakan oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) yang menyatakan kenderaan yang berusia melebihi 12 tahun tidak selamat berada di jalan raya kerana ia mengundang risiko kematian lebih tinggi semasa kemalangan berbanding kereta baharu.

Ketua Pengarah Miros, Prof Dr Wong Shaw Voon dilaporkan berkata kenderaan berusia terdedah dengan pelbagai kerosakan yang mungkin tidak disedari pemandu dan mengurangkan daya serapan tenaga pelanggaran ketika berlaku kemalangan.

Sementara itu, peminat kereta antik, Andrew Suresh berkata beberapa model dijadikan koleksi kenderaan antik apabila ia semakin lama digunakan.

"Pengumpul kereta antik sangat teruja dengan kereta yang mereka kumpul dan sanggup menghabiskan wang ribuan ringgit demi memastikan kenderaan tersebut berada dalam keadaan yang sempurna," katanya.

Dengan kemajuan teknologi Internet pada hari ini, dia berkata, peminat kereta antik mudah mencari alat ganti kenderaan antik mereka yang agak sukar untuk diperoleh dipasaran.

"Jika kereta antik ini tidak dijaga dengan baik pasti ia akan membahayakan," katanya.

Suresh berkata dia memandu kereta Honda Accord yang berusia 10 tahun dan berada dalam keadaan yang sangat baik apabila diservis secara tetap dan menggunakan alat ganti tulen.

"Sekiranya tindakan agar melupuskan kenderaan yang berusia lebih daripada 12 tahun dilaksanakan, saya mungkin terpaksa menjual kereta Honda Accord saya dalam tempoh dua tahun walaupun ia masih berfungsi seperti kereta baru," katanya sambil menambah dia tidak berharap untuk terbeban dengan bayaran ansuran bulanan untuk kereta baru.

Dia juga berkata idea melaksanakan pemeriksaan tahunan bagi kereta lama mungkin menimbulkan masalah kepada pemilik kenderaan dan pihak berkuasa yang menilai kenderaan tersebut.

Beberapa pengunjung di pameran motor juga turut menentang idea mengehadkan tempoh jangka hayat tertentu ke atas kenderaan.

Seorang pesara, Mohd Yusof Hussain berkata kereta yang sudah mencapai jangka hayat melebihi 12 tahun boleh dipandu secara selamat, dengan syarat pemiliknya menyelenggaranya dengan baik.

"Saya masih lagi menggunakan kereta Mazda Astina, yang telah berusia 23 tahun," kata Mohd Yusof, 58 tahun.

Sementara itu, jurutera minyak dan gas, Rajendran Ramasamy berkata dia mempunyai kereta Toyota Vios yang berusia 10 tahun berkata tindakan mengehadkan jangka hayat kenderaan kepada 12 tahun adalah terlalu singkat.

"Kereta merupakan satu keperluan kerana kemudahan awam masih tidak mencukupi dalam banyak aspek. Sekiranya cadangan ini dilulukskan ia akan sangat menjejaskan golongan berpendatan rendah dan sederhana. Ia akan meningkatkan beban kewangan banyak pihak terutamanya, kos sara hidup," kata Rajendran, 49.

Ahli perniagaan Zahir Halim berkata polisi akan memberi kesan yang besar kepada ramai orang.

"Kereta sangat mahal," kata Zahir,53, dari Sungai Petani.

Eksekutif perniagaan Mawar Nosri berkata ia merupakan cadangan yang teruk kerana ia akan memberi kesan kepada golongan yang tidak mempunyai simpanan mencukupi.

Bagi siswazah undang-undang Leah Ong dari Cheras pula, negara ini tidak seharusnya mewujudkan polisi yang memaksa pengguna membeli kenderaan baru selepas kenderaan mereka mencapai jangka hayat 12 tahun.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan