Peraturan Mesyuarat Persidangan DUN P.Pinang Dipinda Tahun Depan

Diterbitkan: Khamis, 21 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Law Choo Kiang
Law Choo Kiang

GEORGE TOWN: Kerajaan negeri akan mengkaji semula beberapa peraturan mesyuarat Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi memperkenalkan satu mekanisme menilai prestasi Anggota DUN.

Speaker DUN Law Choo Kiang berkata sebuah jawatankuasa terdiri daripada 10 orang termasuk beberapa anggota DUN penyokong kerajaan dan pembangkang telah dibentuk untuk mengkaji semula peraturan persidangan berkenaan.

"Kita sedang merangka satu mekanisme untuk menilai prestasi anggota DUN dan ia sedikit sebanyak bersabit (mengenai) peraturan mesyuarat yang perlu diubah suai untuk menambah baik perjalanan persidangan," katanya kepada pemberita di sini Khamis.

Beliau berkata sebagai contoh, peraturan mengenai tatacara memberi dan menjawab soalan mungkin dipinda bagi membolehkan semua soalan dijawab secara adil.

"Seseorang anggota DUN yang bertanyakan soalan haruslah diberi peluang untuk mendapat jawapan kerana itu adalah peranan wakil rakyat menghadiri persidangan dewan," katanya.

Law berkata sebarang cadangan mengenai pindaan itu hendaklah dikemukakan oleh ADUN secara bertulis kepada pejabat Speaker sebelum akhir Januari tahun depan.

Katanya Speaker juga berhak membatalkan kebenaran kepada wartawan untuk membuat liputan persidangan DUN jika mereka didapati menyiarkan laporan yang salah mengenai perjalanan persidangan.

Pejabat Speaker, katanya, akan menghantar surat jemputan kepada semua wakil media termasuk beberapa media arus perdana yang sebelum ini pernah dilarang daripada membuat liputan.

Persidangan DUN bagi penggal kedua tahun ini bermula pada 29 November dan 9 hingga 19 Disember ini.

Katanya orang awam yang mahu menghantar memorandum atau mengemukakan sebarang persoalan ketika persidangan berlangsung pula diminta berhubung terus dengan Pejabat Speaker dan pihaknya bersedia mengatur pertemuan dengan wakil rakyat bagi membolehkan segala mesej disampaikan pada saluran betul. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan