Pemuda PAS Dibidas Abai Penyokong Bukan Islam

Diterbitkan: Khamis, 21 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pemuda PAS Pusat dibidas kerana dilihat mengabaikan penyokong bukan Islam pasti itu khususnya membabitkan kebajikan kumpulan berkenaan.

Perwakilan Pemuda PAS Tebrau, Shamsul Bakti berkata, sayap parti itu tidak mengambil berat mengenai keperluan ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) yang mula ditubuhkan pada 2010.

"Kita seolah-olah mengabaikan kebajikan mereka dari banyak aspek termasuk dalam soal mengiktiraf dan mendekatkan diri mereka dengan Islam.

"Perkara paling mudah ialah kita gagal menyediakan kad keahlian PAS. Kita kena faham ahli bukan Islam ini mahu bukti yang mengiktiraf penglibatan mereka dalam parti ini," katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi perbentangan laporan tahunan dan penyata kewangan di Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat ke-54 di sini, Khamis.

Tegas Shamsul, Pemuda PAS seharusnya memainkan peranan dengan mendekati ahli DHPP agar Islam tidak dilihat eksklusif kepada penganutnya sahaja.

"Kita berjaya tubuh DHPP, kerana mereka rasa yakin dengan perjuangan PAS.

"Tapi kita perlu mengambil peluang itu supaya suatu hari nanti dengan izin Allah mereka akan lebih dekat dengan Islam. Peluang ini yang gagal dimainkan oleh Pemuda PAS," katanya.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan