Pemuda Pakatan Masih Tidak Sehaluan - Nasrudin - Berita Semasa | mStar

Pemuda Pakatan Masih Tidak Sehaluan - Nasrudin

Diterbitkan: Khamis, 21 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Nasrudin Hassan
Nasrudin Hassan

PETALING JAYA: Kerjasama pembangkang khususnya membabitkan sayap pemuda Pakatan Rakyat dilihat goyah dan tidak sehaluan hingga boleh menjejaskan hubungan parti komponennya.

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan Tantawi berkata, hubungan dalaman membabitkan komponen PAS-PKR-DAP perlu dimantapkan bagi menangani pelbagai isu secara kolektif.

"Sehingga setakat hari ini, pemuda Pakatan Rakyat masih belum dilihat sederap dan selangkah walaupun menghayun kaki dan tangan bergerak ke arah yang sama," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pada majlis perasmian Muktamar Tahunan Pemuda PAS ke-54 di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di sini, Rabu malam.

Penegasan Nasrudin itu dilihat sebagai signal yang jelas kepada sekutu mereka dalam pakatan pembangkang khususnya membabitkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengenai kepentingan untuk menjaga keharmonian antara ketiga-tiga parti komponen.

Selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) Mei lalu, wujud perbalahan antara Dewan Pemuda PAS dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) berhubung isu pertindihan kerusi yang ditandingi kedua-dua parti tersebut.

Konflik timbul apabila Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akim secara lantang menegur pimpinan PAS terutama Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dianggap jadi punca pembangkang kalah di kerusi yang terlibat dengan isu pertindihan calon.

Mengulas lanjut mengenai perkara tersebut, Nasrudin yang tidak akan mempertahankan kedudukannya pada pemilihan sayap parti itu pada Rabu berkata, pemuda Pakatan Rakyat seharusnya mengambil jalan tengah dengan mempejuangkan isu-isu rakyat yang demi kepentingan generasi muda.

"Pemuda pakatan harus keluar daripada bayangan pemimpin senior Pakatan Rakyat dan tangkas mengambil posisi tengah dalam memperjuangkan isu-isu rakyat khususnya membabitkan anak muda," katanya.

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan