PAS Puji Umno Tarik Ahli Muda

Diterbitkan: Khamis, 21 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pemuda PAS digesa supaya mencontohi Umno dalam usaha memperkasakan parti khususnya bagi menarik minat golongan muda menyertai PAS.

Sambil memuji taktik Umno yang mula mendekati golongan remaja seawal usia 18 tahun, Perwakilan Pemuda PAS Tumpat, Azhar Ibrahim kesal inisiatif itu tidak diwujudkan dalam PAS.

"Umno boleh bangga mereka ada ahli yang ramai...18 tahun sudah jadi ahli, ini cara mereka perkasakan ahli Umno.

"Kita tidak nampak perkara ini (dalam PAS). Malah saya sendiri sudah banyak kali bawa isu ini ke peringkat cawangan, kawasan, mahupun negeri," katanya ketika berucap pada sesi perbentangan laporan tahunan dan penyata kewangan di Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat ke-54 di sini, Khamis.

Mengulas lanjut Azhar berkata, Pemuda PAS seharusnya memainkan peranan dengan mewujudkan pelbagai program yang bermanfaat bagi mendekati golongan muda yang masih belum menyertai PAS.

"Perkara ini perlu dilakukan untuk memperkasakan parti Pas dan jangan tumpukan pada program untuk parti sahaja. Jangan buat program yang semata-mata mahu memenuhkan buku laporan sahaja," katanya.

Selain itu Azhar turut menegur barisan kepimpinan Dewan Pemuda PAS Pusat yang disifatkan lemah dari segi pengurusan.

"Banyak masalah pengurusan yang timbul contohnya kegagalan mendapakan nombor keahlian selepas sudah mendaftar. Selain masalah itu, hari ini pula ingin undi tetapi senarai nama tiada.

"Pengurusan meme (memang) lemah. Kita mari (datang) dari jauh, hendak undi, tapi jadi macam ini. Nok (nak) maroh (marah) tapi ore-ore (orang-orang) PAS sendiri. Boleh dikatakan tahap pengurusan Dewan Pemuda 'very low'," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan