Menteri Minta Pemaju Projek MRT Atasi Kesulitan Pengguna Jalan Raya

Diterbitkan: Khamis, 21 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan meminta pemaju projek Mass Rapid Transit (MRT) di Lembah Klang supaya memastikan kesulitan yang dihadapi orang ramai kerana pembinaan projek itu diminimumkan.

"Komunikasi pihak berkepentingan adalah penting dan pada masa yang sama langkah mengawal aliran trafik dan kawasan pejalan kaki di tapak pembinaan perlu diuruskan dengan cekap bagi mengurangkan gangguan.

"Saya percaya syarikat pemaju boleh menggunakan proses pembinaan dan kaedah yang canggih khusus bagi memastikan kesejahteraan penduduk serta meningkatkan keyakinan mereka," katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada Persidangan Antarabangsa 'Challenges of Extended Mega Urban Regions: The Changing Faces of South East Asia' di sini pada Rabu.

Turut hadir ialah Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Tan Sri Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin.

Abdul Rahman berkata, di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), aspek pengangkutan awam bandar diberi keutamaan bagi memperbaiki sistem penghubung di Lembah Klang dengan bandar-bandar utama selain mengurangkan kesesakan lalu lintas.

Beliau berkata, pada 11 bulan pertama pelaksanaan NKRA pada 2009, lebih 2.2 juta penumpang menggunakan sistem rel LRT berbanding tahun sebelumnya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan