Mayat Pelancong Warga Taiwan Yang Ditembak Mati Kumpulan Bersenjata Dibakar Hari Ini

Diterbitkan: Khamis, 21 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TAWAU: Mayat pelancong warga Taiwan Hsu Li Min yang ditembak mati sekumpulan lelaki bersenjata di Pulau Pom-Pom, Semporna Jumaat lepas dibakar hari ini.

Upacara pembakaran mayat dilakukan di pusat pembakaran mayat Foo Kui Memory Park di sini kira-kira 12 tengah hari.

Sebelum upacara itu, mayat Li Min, 57, dibawa ke Tokong Cher Sia Kok Moral Uplitting Society di sini untuk upacara keagamaan.

Abang mangsa, Hsu Li Ren berkata pihaknya berterima kasih kepada semua pihak yang telah memberi bantuan kepada keluarganya. "Dalam masa tiga hari di sini kami telah menerima banyak bantuan terutamanya dari kerajaan Malaysia. Kami juga berterima kasih kerana dibenarkan melakukan upacara pembakaran mayat adik saya di sini," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada upacara keagamaan itu.

Pada 15 November lepas, Li Min dijumpai mati di dalam sebuah bilik di pulau peranginan itu dengan dua kesan tembakan di dadanya manakala teman wanitanya Chang An Wei, 58, diculik oleh kumpulan bersenjata dipercayai kumpulan pengganas dari negara jiran. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan