Mat Sabu : "Untuk Ajak Perintah Bersama PAS Akan Berhati-hati..."

Diterbitkan: Khamis, 21 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: PAS mengulangi pendiriannya yang terbuka untuk menjalinkan kerjasama dengan mana-mana pihak termasuk Umno demi kepentingan rakyat dan negara ini.

Bagaimanapun Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, parti berkenaan akan lebih berhati-hati jika kerjasama yang bakal dijalinkan itu membabitkan isu pembentukan kerajaan perpaduan.

"Bagi kita untuk bertemu, berbincang tentang pelbagai masalah, dengan sesiapa pun...PAS tidak pernah menutup pintu.

"Tetapi untuk ajak perintah bersama, kami amat berhati-hati," katanya ketika menyampaikan ucapan perasmian pada Muktamar Pemuda PAS Pusat ke-54 di Dewan Sivik Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ) di sini, Rabu malam.

Mengulas lanjut Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, Umno dan Barisan Nasional (BN) cuba untuk kembali menjalinkan kerjasama politik dengan PAS setelah parti itu gagal mengekalkan majoriti dua pertiga di Parlimen sejak Pilihan Raya Umum ke-12.

"Sejarah politik Malaysia (sebelum 2008), Umno hulur tangan bila kita berada dalam keadaan lemah. Tapi sekarang bila kita menang besar pada 2008, mereka cuba mengenyit mata kepada kita. melambai-lambai tangan.

"Dalam suasana begini, awas jangan tergoda dengan senyuman Umno, senyuman ini senyuman beracun. Umno...kalau kamu mengenyit mata, takkan ku balas. Kalau kamu melambai tangan, ku tampar tangan mu itu," katanya.

Tegas beliau lagi, PAS tidak seharusnya terpedaya dengan mainan politik Umno yang cuba memainkan sentimen kononnya PAS menghadapi masalah sepanjang menjalankan 'tahaluf siyasi' atau kerjasama politik dengan pakatan pembangkang.

"Mereka kata kalau kita (PAS) bersendirian, mereka akan bersimpati. Jagalah umpan ini.

"Memang tahaluf siayasi dengan mana-mana pihak kita hadapi pelbagai masalah, halangan dan karenah. Tapi semua itu mesti menjadi cabaran untuk kita mencari jalan penyelesaian melalui perundingan," katanya merujuk kepada kerjasama PAS dalam Pakatan Rakyat selepas PRU-12.

Katanya lagi, pemimpin komponen pakatan pembangkang perlu mengelak daripada menimbulkan sebarang masalah dalaman yang menurutnya hanya akan menguntungkan BN.

"Jangan keluarkan kata-kata nista antara satu sama lain. Pandangan pelik yang dikeluarkan mana-mana pihak dalam Pakatan Rakyat seperti mempertikai dasar-dasar parti komponennya hanya akan menguntungkan lawan kita iaitu BN.

"Perbincangan Majlis Presiden mesti diperkuatkan untuk mencari kata sepakat. Hala tuju yang sama untuk mencapai cita-cita yang sama seperti yang digariskan melalui manifesto Pakatan Rakyat menjelang PRU-13 lalu perlu dijunjung," katanya lagi.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan