Laporan Ketua Audit: 39 Berdepan Tindakan Sivil Atau Jenayah - Ali Hamsa

Diterbitkan: Khamis, 21 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa bersama Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal (kiri) pada sidang media berhubung tujuh penjawat awam bakal dikenakan tindakan tatatertib kerana salah laku dan kecuaian susulan laporan Ketua Audit Negara dan kajian akan dilaksanakan secara berperingkat ke atas 100 skim perkhidmatan mulai tahun 2014 di Putrajaya, Khamis. -fotoBERNAMA
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa bersama Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal (kiri) pada sidang media berhubung tujuh penjawat awam bakal dikenakan tindakan tatatertib kerana salah laku dan kecuaian susulan laporan Ketua Audit Negara dan kajian akan dilaksanakan secara berperingkat ke atas 100 skim perkhidmatan mulai tahun 2014 di Putrajaya, Khamis. -fotoBERNAMA

PUTRAJAYA: Sebanyak 39 penjawat awam termasuk pesara bakal berdepan tindakan sivil atau jenayah jika didapati bertanggungjawab terhadap ketidakaturan yang didedahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara 2012.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata mereka yang meliputi 30 penjawat awam dan sembilan pesara itu diberi surat tunjuk sebab untuk menjelaskan tahap penglibatan atau kecuaian mereka dalam ketidakaturan berkenaan.

Jika siasatan lanjut mendapati mereka terbabit, tindakan sivil atau jenayah akan diambil bergantung kepada jenis kecuaian atau perlanggaran yang dilakukan, katanya dalam sidang media, di sini Khamis.

Menurut Ali sebanyak tujuh penjawat awam lagi akan dikenakan tindakan tatatertib manakala sembilan didapati tidak terlibat dalam salah laku berkenaan.

Maklumat ini adalah hasil siasatan ke atas 24 kes yang dibuka dan disiasat oleh 13 jawatankuasa siasatan khas yang ditubuhkan sebelum ini, katanya.

Pembentukan jawatankuasa itu yang dipengerusikan oleh Ali diumum oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Bajet 2014, bertujuan menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap salah laku penjawat awam susulan pelbagai teguran dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012.

Dalam laporan itu, sebanyak 319 teguran dibuat membabitkan 81 perkhidmatan awam persekutuan, 21 badan berkanun serta 217 peringkat kerajaan negeri.

Daripada jumlah itu, 94 teguran membabitkan penyelewengan, penyalahgunaan kuasa, salah laku dan kecuaian dalam melaksanakan tugas.

Mengulas lanjut, Ali berkata susulan laporan itu juga sebanyak 12 kertas siasatan membabitkan projek dan perolehan di tujuh agensi dibuka oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Selain itu, semua ketua setiausaha kementerian dan setiausaha kerajaan negeri sudah diarah menubuhkan jawatankuasa siasatan dalaman bagi meneliti kes yang tidak disiasat oleh jawatankuasa siasatan khas.

Mereka diberi masa sebulan sehingga 30 November ini untuk menjalankan siasatan dan setakat semalam sebanyak 817 pegawai sudah disiasat, katanya.

"Sekiranya wujud asas kukuh bahawa pegawai didapati melakukan salah laku dan kecuaian, maka tindakan tatatertib/surcaj/ pertuduhan jenayah di mahkamah akan dikenakan," katanya.

Dalam perkembangan lain, Ali berkata sebanyak 100 skim perkhidmatan yang tidak terlibat dalam kajian tahun ini telah dikenal pasti untuk dikaji mulai awal tahun depan.

"Proses penambahbaikan skim perkhidmatan ini adalah berterusan untuk memastikan semua selesai menjelang pertengahan 2015," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan