Kementerian Kesihatan Akan Latih Warga Propel Dalam Perubatan Asas - Dr Subramaniam - Berita Semasa | mStar

Kementerian Kesihatan Akan Latih Warga Propel Dalam Perubatan Asas - Dr Subramaniam

Diterbitkan: Khamis, 21 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Dr S Subramaniam (tengah) mengadakan sidang media di Hospital Melaka selepas terlibat dalam kemalangan di Km 220.6 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan berhampiran kawasan Pedas-Linggi malam Rabu. -fotoBERNAMA
Dr S Subramaniam (tengah) mengadakan sidang media di Hospital Melaka selepas terlibat dalam kemalangan di Km 220.6 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan berhampiran kawasan Pedas-Linggi malam Rabu. -fotoBERNAMA

MELAKA: Kementerian Kesihatan akan bekerjasama dengan Projek Penyelenggaraan Lebuhraya Berhad (Propel) bagi memberi latihan kecemasan dan perubatan asas kepada warga kerjanya.

Menterinya Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata langkah itu bagi memastikan warga Propel mampu memberi rawatan awal kepada mangsa nahas jalan raya terutama semasa menunggu ketibaan ambulans.

Bercakap kepada pemberita di sini pada Khamis, Dr Subramaniam berkata keputusan itu berdasarkan pengalamannya yang terpaksa menunggu 15 minit sebelum dihantar ke Hospital Alor Gajah dengan kenderaan Propel selepas terbabit kemalangan malam Rabu.

Dalam nahas pukul 8 malam di Km 220.6 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Pedas-Linggi itu, kereta yang dinaiki oleh Dr Subramaniam melanggar bahagian belakang sebuah lori yang menukar haluan secara tiba-tiba.

Kemalangan itu menyebabkan Dr Subramaniam cedera ringan manakala pengawal peribadinya Sarjan Zulkifli Wahab mengalami kecederaan dalaman. Pemandunya pula tidak cedera.

Dr Subramaniam yang ditemani isteri Datin Seri Umarani sebelum itu menerima kunjungan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron, bekas Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu dan Pengerusi MIC Melaka Datuk M. S Mahadevan.

Mengenai kesihatannya, Dr Subramaniam berkata beliau dijangka keluar dari hospital esok (Jumaat) dan dinasihatkan berehat selama dua hari sebelum kembali bertugas.

"Saya bersyukur tidak mengalami kecederaan parah walaupun terlibat dalam kemalangan yang agak teruk. Hasil pemeriksaan yang dijalankan doktor bermula semalam hingga hari ini mendapati tiada kecederaan dalaman," katanya.

Beliau berkata pengawal peribadinya juga dilapor berada dalam keadaan stabil dan sudah boleh menjamah makanan. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan