Kedudukan PAS Semakin Kukuh - Siti Zailah

Diterbitkan: Khamis, 21 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Siti Zailah
Siti Zailah

SHAH ALAM: Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusoff mengakui kedudukan parti itu dalam landskap politik di negara ini semakin kukuh.

"Secara bersendirian, rekod PAS hanya berjaya menawan Kelantan dan Terengganu. Namun berbekalkan Tahaluf Siyasi (kerjasama politik), PAS akhirnya berjaya bertapak di beberapa negeri Pantai Barat pada Pilihan Raya Umum Ke-12, 2008.

"Tahaluf Siyasi di antara PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) khususnya menerusi Pakatan Rakyat kemudiannya berjaya membawa PAS keluar dari kawasan pantai timur, " katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pada majlis perasmian Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS ke-53 di Dewan Jubli Perak, Bangunan SUK Negeri Selangor di sini, Rabu malam.

Menurut Siti Zailah, meskipun PAS gagal mempertahankan Kedah, parti itu berjaya meningkatkan jumlah kerusi di Selangor, Johor dan Terengganu.

"Melihat kepada undi orang Melayu menunjukkan bahawa berlaku peningkatan sokongan undi golongan ini khususnya di Terengganu dan Johor," katanya.

Sementara itu, beliau turut menggesa kepimpinan Dewan Muslimat supaya mendekati golongan muda untuk meneruskan kesinambungan perjuangan Islam.

"Tanpa perkongsian ilmu dan pengalaman dengan generasi muda, Dewan Muslimat akan ketandusan generasi pelapis yang berkualiti," katanya.

Pada masa sama, Siti Zailah yang juga Ahli Parlimen Rantau Panjang berkata peranan Muslimat di dalam PAS amat penting sebagai entiti penggerak utama memastikan perjuangan dan program kebajikan PAS dilaksanakan dengan berkesan.

"Menyantuni masyarakat dan seterusnya membangunkan mereka menjadi rakyat yang baik dari segi akidahnya agar bersama mengembalikan pemerintahan kepimpinan Islam," katanya.

Majlis Perasmian Muktamar Dewan Muslimat PAS Pusat Kali ke-53 bertemakan 'Muslimat Mantap, Perjuanfan Berkat, Negara Selamat' dirasmikan oleh Naib Presiden parti, Datuk Husam Musa di sini malam Rabu.

Kira -kira 800 perwakilan dari seluruh negara mula memenuhi Dewan Jubli Perak di sini seawal pukul 7.00 malam untuk mengikuti muktamar kali ini.

Antara pemimpin PAS yang hadir ialah Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, AJK PAS Pusat Dr Hatta Ramli, Dr Dzulkifli Ahmad dan Datuk Seri Nizar Jamaluddin.

Turut hadir, Teresa Kok (DAP) dan Zuraida Kamaruddin, wakil Parti Keadilan Rakyat (PKR).

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan