Dr S. Subramaniam Cedera Dalam Kemalangan Di Lebuh Raya PLUS

Diterbitkan: Khamis, 21 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Dr S. Subramaniam
Dr S. Subramaniam

MELAKA: Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam cedera di bahagian leher manakala pengawal peribadinya parah apabila kereta yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan di Km220.6 Lebuhraya Utara Selatan menghala ke selatan berhampiran kawasan Pedas-Linggi, malam tadi.

Ketua Polis Melaka, Datuk Chua Ghee Lye berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 8 malam itu, kereta berkenaan dipercayai melanggar bahagian belakang sebuah lori yang secara tiba-tiba menukar laluan daripada laluan tengah ke laluan kanan lebuh raya itu.

"Kecederaan Datuk Seri (Dr Subramaniam) tidak serius tetapi pengawal peribadinya dipercayai mengalami kecederaan dalaman di bahagian perut dan masih berada dalam dewan bedah Hospital Besar Melaka.

"Mereka pada awalnya dirawat di Hospital Alor Gajah dan dibawa ke Hospital Melaka untuk rawatan lanjut," katanya kepada pemberita di sini pada malam Rabu. Beliau berkata, Dr Subramaniam dimasukkan ke wad hospital itu sebagai langkah berjaga-jaga serta mendapatkan rawatan lanjut manakala pemandu kereta menteri berkenaan tidak cedera.

Chuah berkata, lori yang terlibat dalam kemalangan itu melarikan diri dari tempat kejadian dan polis akan mengambil tindakan pantas untuk mengesan lori tersebut.

Sementara itu, Pengerusi MIC Melaka, Datuk M.S Mahadevan berkata, Dr Subramaniam dalam perjalanan ke sini untuk menghadiri mesyuarat membincangkan penganjuran Perhimpunan Agung MIC yang akan berlangsung pada 30 November nanti.

Ambulans yang membawa Dr Subramaniam tiba di Hospital Melaka pada pukul 11.10 malam dan beliau berbaring dalam keadaan sedar dengan alat pelindung leher dipasang di leher bagi menyokong lehernya yang cedera.

Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob turut melawat menteri berkenaan.

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan