Banjir: 100 Keluarga Di Rantau Panjang Diarah Bersiap Untuk Berpindah

Diterbitkan: Khamis, 21 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Kira-kira 350 orang daripada 100 keluarga yang merupakan penduduk Kampung Tasek Bakong di Rantau Panjang, Pasir Mas, diarah bersiap sedia untuk berpindah berikutan air Sungai Golok yang semakin melimpah dari tebing, Khamis.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang Pegawai Bomba Kanan I Zaimi Samat berkata paras air di Sungai Golok di Rantau Panjang meningkat kepada 7.9 meter iaitu di paras amaran berikutan hujan lebat sejak Rabu.

"Penduduk diminta bersiap sedia untuk dipindahkan sekiranya air naik menjelang malam ini," katanya ketika dihubungi Bernama di sini Khamis.

Zaimi berkata tujuh bot, sebuah lori dan tiga kenderaan lain akan digunakan untuk proses menyelamat.

Beliau turut menasihati penduduk supaya tidak menyeberangi Sungai Golok menggunakan sampan untuk ke negara jiran berikutan peningkatan paras air dan arus deras. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan