Umno P.Pinang Cadang PAS Kaji Hubungan Dengan PKR Dan DAP

Diterbitkan: Rabu, 20 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Zainal Abidin Osman
Zainal Abidin Osman

GEORGE TOWN: Umno Pulau Pinang mencadangkan PAS mengkaji semula hubungannya dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP dalam pakatan pembangkang kerana penyertaan PAS dilihat seperti 'melukut di tepi gantang'.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang Datuk Zainal Abidin Osman berkata pergolakan yang berlaku dalam pakatan pembangkang itu kini diibaratkan meniti detik-detik 'retak menanti belah'.

"Kenyataan yang dibuat oleh PAS semalam ibarat lava gunung berapi, ia sudah lama bergelodak dan baru semalam mengeluarkan lavanya.

"Kenyataan PAS itu juga mengesahkan bahawa parti itu adalah rakan kongsi kelas ketiga dalam pakatan pembangkang," katanya dalam sidang media di sini Rabu.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Muhammad Fauzi Yusoff bahawa kerajaan negeri meminggirkan PAS, selain tidak menghargai usaha dan sumbangan mereka dalam memastikan pakatan pembangkang kekal relevan di kalangan rakyat terutamanya masyarakat Melayu.

Kerajaan negeri di bawah pimpinan DAP juga dikatakan gagal mengamalkan slogan kecekapan, akauntabiliti, ketelusan (CAT) dalam pakatan pembangkang.

Zainal Abidin berkata lebih elok sekiranya PAS tidak lagi mempunyai apa-apa hubungan dengan pakatan pembangkang kerana ia tidak menguntungkan parti itu dan orang Melayu.

"Kita tidak akan ganggu urusan dalaman parti PAS, cuma nak mereka kaji semula hubungan itu, kita kesian tengok PAS disisihkan, ke sana tak ke sini pun tidak," katanya.

Beliau mendakwa selama ini PAS hanya diperalat dan dipergunakan untuk kemenangan DAP di seluruh negara.

Sementara itu, dalam sidang media di sini hari ini, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mengarahkan PAS dan PKR supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu tersebut, sebaliknya menyifatkan apa yang berlaku adalah manipulasi jahat media.

Lim juga enggan menjawab soalan daripada media berhubung kenyataan Muhammad Fauzi bahawa terdapat campur tangan kerajaan negeri dalam hal ehwal agama Islam di negeri ini.

Ketua Menteri meminta agar kedua-dua parti iaitu PAS dan PKR mengadakan mesyuarat bagi membincangkan hal berkenaan supaya satu keputusan dapat dibuat.

Pesuruhjaya PAS negeri Datuk Salleh Man yang turut hadir pada sidang media itu berkata beliau menyangkal dakwaan berlakunya campur tangan DAP dalam urusan hal ehwal Islam.

Bagaimanapun Salleh yang ditemui pemberita sebelum itu mengakui Badan Perhubungan PAS Negeri memang mempersetujui empat resolusi yang perlu dipertimbangkan oleh kerajaan negeri antaranya menggesa kerajaan negeri memberi kuasa penuh kepada Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAINPP) yang juga (Pesuruhjaya PAS Negeri) untuk melantik ahli-ahli majlis itu.

Selain itu kerajaan negeri memperuntukkan kuota yang lebih besar bagi wakil dari PAS dalam mana-mana syarikat berkaitan kerajaan (GLC), meningkatkan kuota PAS kepada hingga empat rang ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP). - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan