SPAD Gantung Lesen Syarikat Bas Nahas Genting

Diterbitkan: Rabu, 20 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Gambar fail menunjukkan anggota bomba dan penyelamat turun ke gaung di Genting Highlands bagi menjalankan siasatan lanjut berhubung bas yang terjunam 60 meter ke gaung tersebut di KM3.5 Jalan Genting Highlands. Nahas tersebut mengorbankan 37 nyawa dan 16 penumpang cedera. - fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menggantung lesen syarikat bas yang terbabit dalam nahas yang mengorbankan 37 penumpang di Kilometer 3.6 Jalan Genting Highlands-Kuala Lumpur, berkuat kuasa Isnin depan.

SPAD dalam satu kenyataan pada Selasa memaklumkan tindakan menggantung lesen pengendali syarikat Genting Highlands Transport Sdn Bhd itu diambil setelah suruhanjaya berkenaan meneliti laporan audit Industry Code of Practice (iCOP).

"Notis mengenai perkara ini telah dihantar semalam dan syarikat diberi tempoh tujuh hari dari tarikh notis untuk memaklumkan kepada penumpang mengenai penggantungan perkhidmatan tersebut.

"Sebagai alternatif, Resort World Tour Sdn Bhd akan menyediakan perkhidmatan bas ekspres dari Pudu Sentral, KL Sentral dan Stesen LRT Putra, Gombak ke Genting Highlands," menurut kenyataan itu.

Dalam nahas 21 Ogos lepas, 16 orang turut cedera selepas bas berkenaan terjunam 60 meter ke dalam gaung semasa menuruni jalan curam dari puncak pusat peranginan Genting Highlands ke ibu negara. BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan