Penculikan di Semporna: Keluarga Tutup Mulut Berhubung Isu Wang Tebusan

Diterbitkan: Rabu, 20 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Abang mangsa yang mati ditembak oleh kumpulan bersenjata, Hsu, Li Ren bercakap kepada pemberita tempatan dan media Taiwan.
Abang mangsa yang mati ditembak oleh kumpulan bersenjata, Hsu, Li Ren bercakap kepada pemberita tempatan dan media Taiwan.

TAWAU Ahli keluarga warga Taiwan menutup mulut berhubung kemungkinan wang tebusan yang diminta oleh kumpulan bersenjata yang menculik Chang An Wei selepas mereka menembak mati suaminya, Hsu Li Min di Resort Pulau Pom Pom dekat perairan Semporna.

Sambil berharap pihak berkuasa dapat meneruskan usaha mencari Chang, 58, dan menyelesaikan segera kes berkenaan, abang sulung Li Min enggan mendedahkan perkembangan terkini mengenai kes berkenaan.

"Saya tahu terlalu banyak soalan namun apa yang lebih penting ialah keselamatan Chang," kata Li Ren yang merupakan abang kepada Hsu pada Rabu.

"Kami tidak mahu apa yang diperkatakan akan membahayakan keselamatan dia, kami hanya mahu dia pulang dalam keadaan selamat. Kami berterima kasih kepada pihak yang berdoa bersama-sama dengan kami agar Li Min dan Chang selamat," katanya.

Menteri Dalam Negeri Taiwan, Lee Hong-yuan pada Rabu mendedahkan pihak kerajaan menerima panggilan telefon daripada pihak berkuasa Filipina mengenai kemungkinan terdapat panggilan telefon meminta wang tebusan bagi membebaskan Chang.

Lee bagaimanapun tidak mendedahkan di mana Chang berada sementara sumber pihak polis percaya mangsa kini disembunyikan di kawasan hutan pedalaman di Tawi-Tawi atau Pulau Jolo di selatan Filipina.

Li Ren memberitahu media tempatan dan Taiwan di Tawau sebelum bergerak ke Semporna pada tengah hari Rabu.

Beliau berkata apa yang keluarga mereka mahu lakukan sekarang ialah membawa pulang abu mayat adiknya itu ke Taiwan secepat mungkin.

Justeru, mereka berharap semua dokumen dan laporan kematian adiknya dapat disiapkan segera dan semuanya berjalan lancar bagi membolehkan majlis pembakaran mayat dijalankan dan abu mayat adiknya dapat di bawa pulang ke Taiwan.

"Kami berharap pihak berkuasa segera menyiapkan laporan bedah siasat dan mengeluarkan sijil kematian kepada keluarga kami," katanya.

Keluarga mangsa kemundiannya bergerak ke resort di Pulau Pom Pom untuk mengambil barangan peribadi termasuk pasport milik Li Min dan Chang yang dilaporkan disimpan dalam peti keselamatan.

Li Ren dan abang Chang, Richaed, serta dua sepupu pasangan berkenaan terbang ke Sabah untuk mengenalpasti mayat mangsa serta mengambil barangan peribadi mereka.

"Kami telah pergi ke rumah mayat selepas tiba di Tawau, mayat terbujur kaku itu adik saya," kata Li Ren.

Li Ren turut merakamkan ucapan terima kasih kepada kerajaan Malaysia dan pasukan keselamatan di sini dalam menjalankan siasatan berhubung kes berkenaan, serta membantu sepanjang perjalanan mereka di negara ini.

Keluarga mangsa turut mengadakan satu lagi upacara sembahyang roh Li Min di kuil Fo Guang Shan di sini malam Rabu, dan upcara pembakaran mayat dijangka diadakan di krematorium di Jalan Sin On Tawau pada pagi Khamis.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan