Pemuda PAS Sasar 80 Peratus Pengundi Muda PRU-14

Diterbitkan: Rabu, 20 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Nasrudin Hassan
Nasrudin Hassan

PETALING JAYA: Pemuda PAS mensasarkan peningkatan sehingga 20 peratus sokongan pengundi muda terhadap parti itu dan Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan Tantawi berkata, sasaran itu merupakan kesinambungan terhadap sasaran agar Pemuda PAS menguasai 60 peratus undi golongan muda pada PRU-13 yang lalu.

"Saya berkeyakinan dengan penuh iltizam untuk menggagaskan 'roadmap anak muda ke Putrajaya PRU-14' dengan sasaran peningkatan 15 peratus hingga 20 peratus undi anak muda bandar dan luar bandar di setiap negeri dan Parlimen.

"Ini membolehkan PAS dan PR memenangi majoriti 120 kerusi di Dewan Rakyat dan mengambil alih Terengganu, Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Pahang dan Johor di samping mempertahankan Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pada majlis perasmian Muktamar Tahunan Pemuda PAS ke-54 di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di sini, Rabu malam.

Selain itu menurut Nasruddin yang tidak akan mempertahankan kedudukannya pada pemilihan sayap parti itu pada Rabu berkata, keyakinannya untuk mencapai lonjakan sasaran sehingga 20 peratus sokongan golongan muda itu dibuat bersandarkan pencapaian parti itu pada PRU-13.

"Secara purata Sabah dan Sarawak mencatatkan peningkatan sokongan anak muda terhadap calon PAS ke paras 30 peratus dengan Batu Sapi dan Sibuti berjaya mencatat penguasaan melebihi 40 peratus.

"Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Perlis, Perak dan Pulau Pinang telah menunjukkan lonjakan ketara namun masih belum melepasi paras 50 peratus undi anak muda," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:33 PM

Temui Cincin Pada Lobak Selepas 13 Tahun Hilang

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Kolumnis

iklan

Iklan