Pemaju Projek MRT Diminta Kurangkan Kesulitan Kepada Orang Ramai

Diterbitkan: Rabu, 20 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Abdul Rahman
Abdul Rahman

PUTRAJAYA: Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan meminta pemaju projek Mass Rapid Transit (MRT) di Lembah Klang supaya memastikan orang ramai menghadapi kesulitan minimum semasa menjalankan kerja-kerja pembinaan sistem pengangkutan itu.

"Komunikasi pihak berkepentingan adalah penting dan pada masa sama langkah mengawal aliran trafik dan kawasan pejalan kaki di tapak pembinaan perlu diuruskan dengan cekap bagi mengurangkan gangguan.

"Saya percaya syarikat pemaju boleh menggunakan proses pembinaan dan kaedah yang canggih khusus bagi memastikan kesejahteraan penduduk serta meningkatkan keyakinan mereka," katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapanya pada Persidangan Antarabangsa 'Challenges of Extended Mega Urban Regions: The Changing Faces of South East Asia' di sini Rabu.

Turut hadir Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Tan Sri Dr Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin.

Abdul Rahman berkata di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), aspek pengangkutan awam bandar diberi keutamaan bagi memperbaiki sistem penghubung di Lembah Klang dengan bandar-bandar utama selain mengurangkan kesesakan lalu lintas.

Beliau berkata pada 11 bulan pertama pelaksanaan NKRA pada 2009, lebih 2.2 juta penumpang menggunakan sistem rel LRT berbanding tahun sebelumnya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan