Pelajar Terkejut Perubahan Format Kertas Pendidikan Moral SPM

Diterbitkan: Rabu, 20 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelajar tingkatan lima yang menduduki SPM kertas Pendidikan Moral pada Rabu terkejut dengan perubahan drastik format peperiksaan yang didakwa tidak diumumkan terlebih dahulu.

Pelajar-pelajar yang menduduki kertas peperiksaan subjek berkenaan menyatakan kemarahan mereka berhubung perubahan itu.

"Perkara pertama yang kebanyakan kita sedari ialah mengenai 'di manakah nilai murni?," kata seorang pelajar dari Alor Setar, Kedah.

Berdasarkan 'posting', mereka menunjukkan bahawa format telah berubah daripada soalan struktur kepada bentuk yang lebih terbuka.

Antara yang dirungutkan mereka ialah apabila mereka menghabiskan berjam-jam menghafal definisi yang kini hanya menyumbang dua dari 100 markah dan soalan esei yang mereka tidak pernah hadapi sebelum ini.

"Apabila datang kepada subjek Pendidikan Moral, metodologi untuk menjawab perlu sempurna untuk kami mendapatkan A+," katanya.

G.Tang, seorang pelajar dari Selangor berkata, dia dan rakan-rakan yang menduduki peperiksaan terkejut dengan perubahan dan melihat antara satu sama lain dengan wajah yang buntu di dalam dewan peperiksaan.

Dia menambah kertas tahun ini seolah-olah menekankan kemahiran pemikiran peringkat tinggi.

Tang mendakwa guru juga tidak memberi taklimat mengenai perubahan itu.

Timbalan Menteri Pendidikan II P. Kamalanathan berkata beliau telah dimaklumkan mengenai perkara itu.

"Saya telah meminta jabatan (pendidikan ) untuk menyiasat dan memaklumkan semula kepada saya," katanya.

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan