MBJB Buat Sekatan di Pintu Masuk Villa Nabila

Diterbitkan: Rabu, 20 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MBJB membuat sekatan di hadapan pintu masuk Villa Nabila bagi menghalang orang ramai daripada memasuki premis berkenaan.
MBJB membuat sekatan di hadapan pintu masuk Villa Nabila bagi menghalang orang ramai daripada memasuki premis berkenaan.

JOHOR BARU: Majlis Bandaraya Johor Baru (MBJB) membuat sekatan di hadapan pintu masuk Vila Nabila di Danga Bay bagi menghalang orang awam daripada memasuki villa berkenaan.

Sekatan berkenaan dipasang lewat petang Selasa namun orang awam yang ingin mengetahui mengenai insiden budak hilang yang berlaku kelmarin dilihat masih meletakkan kenderaan mereka di jalan utama dihadapan villa berkenaan.

Tinjauan The Star pada pukul 10 pagi Rabu mendapati, sebahagian daripada sekatan berkenaan telah dialihahkan dan orang awam dilihat mendaki bukit tersebut untuk melihat dengan lebih dekat banglo tinggal berkenaan.

Pegawai perhubungan awam MBJB, Aziz Ithin berkata dia akan memaklumkan kepada bahagian penguatkuasaan majlis berkenaan supaya menempatkan dua orang anggota penguatkuasa bagi menghalang orang ramai daripada memasuki kawasan banglo berkenaan.

"Ini bagi mengelakkan kejadian tidak diingini kerana tempat berkenaan tidak berpenghuni dan banyak nyamuk ada disitu.

"Kami juga tidak mahu ada orang awam yang cedera kerana bumbung banglo berkenaan sudah usang," katanya ketika dihubungi.

Aziz berkata notis telah dikeluarkan kepada pemilik banglo berkenaan, yang merupakan warga Singapura agar dia membersihkan kawasan tersebut dengan kadar segera.

Banglo tersebut menjadi tumpuan selepas timbul cerita seorang remaja, Mohammad Izzat Izzudin Husin, 16 tahun dilaporkan hilang pada malam Sabtu selepas dia dilihat memasuki Villa Nabila.

Bagaimanapun, pihak polis berjaya menemui remaja berkenaan tidur di rumah teman wanitanya pada awal pagi Selasa.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan