Kes Culik Di Semporna: Mangsa Sedang Sakit, Rundingan Masih Dijalankan

Diterbitkan: Rabu, 20 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Penggubal undang-undang Taiwan Tsai Cheng Yuan telah berhubung dengan penculik Chang An Wei dan berkata mangsa telah jatuh sakit ketika berada dalam tahanan.

Akhbar Taiwan, memetik beliau sebagai berkata pada Rabu, beberapa jam selepas Menteri Dalam Negeri Lee Hong Yuan mendedahkan bahawa kerajaan Taiwan telah menerima panggilan telefon dari Filipina yang menuntut wang sejumlah tebusan.

Bagaimanapun Tsai berkata, beliau tidak dapat mengatakan bagaimana keadaan dan kesakitan yang dialami Chang.

Beliau mendedahkan bahawa kumpulan penculik yang menembak mati suami Chang, Hsu Li Min sebelum membawa Chang dari resort di Pulau Pom Pom di Sabah Jumaat lalu bukannya kumpulan Abu Sayyaf.

Ekoran kejadian itu, Tsai memberitahu media bahawa beliau telah mengumpul maklumat mengenai kemungkinan di mana Chang berada melalui pelbagai saluran manakala pihak berkuasa Taiwan mengadakan rundingan dengan penculik.

Katanya, beliau berkira-kira untuk bertemu pemimpin kerajaan Sabah dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung keselamatan Chang yang menjadi mangsa culik.

Pada sidang akhbar, Tsai mengulangi apa yang yang telah beritahu kepada penculik semasa perbualannya dengan mereka.

"Terima kasih kerana rahmat anda dalam menyediakan bantuan kepada wanita yang sakit itu.

"Tolong berikan lebih bantuan dalam masa yang kritikal ini. Sumbangan dan bantuan anda akan sangat dihargai oleh semua orang Taiwan. Terima kasih banyak-banyak," kata Tsai mengulangi apa yang telah dikatakannya.

Katanya, beliau akan terbang ke Malaysia untuk melihat apa yang boleh dilakukan untuk membolehkan Chang dapat kembali dengan selamat.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan