Kedah Akan Jadi Negeri Pertama Tandatangani Janji Integriti

Diterbitkan: Rabu, 20 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Mukhriz Mahathir
Mukhriz Mahathir

ALOR SETAR: Kerajaan Kedah akan menjadi negeri pertama yang menandatangani janji integriti dalam usaha untuk memerangi rasuah dan menyekat salah guna kuasa, kata Menteri Besar Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir.

Mukhriz berkata beliau akan menandatangani janji integriti itu bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low Seng Kuan, yang bertanggungjawab tentang integriti dan ketelusan di peringkat persekutuan.

"Kerajaan negeri lihat ia (usaha memerangi rasuah) sebagai satu perkara yang diutamakan. Untuk tunjukkan kesungguhan kami, kami mesti menggunakan kaedah, pendekatan membuat keputusan yang tidak akan menimbulkan kesempatan untuk disalahgunakan oleh mana-mana pihak.

"Kami tidak mahu dituduh secara melulu oleh pihak-pihak lain. Cara terbaik kita hapuskan terus sebarang ruang atau yang membuka peluang kepada penyalahgunaan kuasa," katanya ketika menggulung perbahasan Bajet Negeri Kedah 2014 pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini Rabu.

Berkenaan cadangan untuk membuka empangan baharu yang didakwa oleh penyokong pembangkang akan menyebabkan 150,000 hektar tanah terpaksa dikorbankan, Mukhriz berkata air merupakan satu keperluan asas yang boleh menjadi komoditi yang menguntungkan negeri.

"Kedah bernasib baik mempunyai sumber air yang banyak. Komoditi ini jika dirawat boleh dijual dengan pulangan yang lebih lumayan. Saya kira kalau kita berkeupayaan bina empangan dan rawat air, ia akan mendatangkan hasil kepada negeri," katanya.

Mukhriz turut membangkitkan mengenai kawasan pembalakan di Kedah yang hanya dihadkan kepada 2,850 hektar setahun untuk memulihara hutan yang ada di negeri ini.

"Setiap tahun kita mempunyai kawasan catuan 2,850 hektar setahun. Dapat hasil RM12,000 sehektar premium. Anggaran premium kalau kesemua 2,850 hektar diusahakan potensi pulangan RM34.2 juta.

"Bagaimanapun, ada amalan kerajaan sebelum ini kerajaan negeri hanya dapat premium RM1,000 sehektar apabila konsesi diberi kepada GLC. Beberapa GLC jual pulak dengan kadar RM6,000 sehektar kepada pihak lain, dan pihak itu pula jual RM11,00, RM12,000 sehektar. Nampaknya orang tengah dapat untung atas angin, kerajaan negeri dapat RM1,000 sehektar," katanya.

Beliau berkata perkara seperti itu tidak sepatutnya menjadi amalan kerajaan negeri kerana pemegang konsesi sepatutnya mengusahakan sendiri pembalakan itu dan bukan menjual untuk mendapat untung atas angin.

Mukhriz turut mengumumkan bahawa Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) akan diperuntukkan RM5 juta hingga RM10 juta tahun depan dalam mengharungi Liga Malaysia.

Persidangan DUN meluluskan peruntukan Bajet 2014, melibatkan RM796,352,357 bagi melaksana pelbagai program pembangunan untuk memacu transformasi negeri.

Speaker DUN Kedah Datuk Md Rozai Shafian menangguhkan persidangan ke satu tarikh yang belum ditetapkan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan