Enam Tahanan ISA Masih Ditahan Di Taiping

Diterbitkan: Rabu, 20 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Enam orang yang ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 masih ditahan di Tempat Tahanan Perlindungan (TTP), Taiping kerana terlibat dalam aktiviti keganasan.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar memberitahu persidangan Dewan Rakyat pada Selasa, mereka ditahan sehingga kini kerana menjalani proses pemulihan dan masih menjadi ancaman kepada keselamatan negara.

Beliau berkata penahanan mereka selari dengan peruntukan Seksyen 32(2), Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 yang membolehkan penahanan terhadap orang tahanan ISA 1960 diteruskan sehingga tamat tempoh perintah tahanannya atau perintah tersebut dibatalkan terlebih dahulu oleh menteri.

"Sehingga hari ini terdapat 244 orang masih ditahan di Pusat Pemulihan Akhlak (PPA) Simpang Renggam di bawah Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985 kerana terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah," katanya ketika menjawab soalan M. Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat).

Kulasegaran ingin tahu jumlah bilangan tahanan di TTP Taiping dan PPA Simpang Renggam, serta sebab penahanan mereka.

Sementara itu, Dewan Rakyat juga diberitahu kerajaan telah menubuhkan makmal khas untuk meneliti aspek keselamatan struktur semua empangan seluruh negara termasuk aspek penambahbaikannya.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata hasil makmal itu akan dibentang ke Kabinet dalam masa terdekat sebelum cadangan itu dilaksanakan.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Othman Aziz (BN-Jerlun) yang ingin tahu perancangan kerajaan bagi memastikan semua empangan di seluruh negara berada dalam keadaan selamat.

Ongkili berkata makmal itu yang ditubuhkan pada 29 Oktober 2012 dianggotai Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu), Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, serta Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.

Katanya makmal itu antaranya membincangkan aspek operasi, penyelenggaraan dan membaik pulih struktur empangan serta dilaksana mengikut piawaian pengurusan keselamatan yang ditetapkan di peringkat nasional mahupun antarabangsa. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan