Duta AS Tidak Tahu Menahu Adanya Ejen CIA Di Pejabat AG

Diterbitkan: Rabu, 20 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Duta Besar AS ke Malaysia, Joseph Y.Yun bercakap di sidang media selepas menghadiri Dialog Pulau Pinang Dewan Perdagangan Amerika Malaysia 2013 di George Town, Rabu. -fotoBERNAMA
Duta Besar AS ke Malaysia, Joseph Y.Yun bercakap di sidang media selepas menghadiri Dialog Pulau Pinang Dewan Perdagangan Amerika Malaysia 2013 di George Town, Rabu. -fotoBERNAMA

GEORGE TOWN: Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia, Joseph Y. Yun berkata beliau tidak tahu menahu mengenai kehadiran dua ejen perisik Amerika di Jabatan Peguam Negara (AG) sebagaimana didakwa.

"Saya tak ada dengar hal itu (sebarang aktiviti mengintip oleh CIA di pejabat AG). Saya kira sudah ada kenyataan jelas kerajaan anda dua hari lepas berhubung perkara itu dan saya tidak berhasrat bercakap lebih dari itu," katanya.

Yun bercakap di sidang media selepas menghadiri Dialog Pulau Pinang Dewan Perdagangan Amerika Malaysia 2013 di sini pada Rabu, yang turut dihadiri Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Isnin lepas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri menafikan dakwaan tentang kehadiran dua ejen perisik Amerika di Jabatan Peguam Negara, dan berkata dakwaan seumpama itu tidak berasas.

Yun berkata Presiden AS Barack Obama telah menjelaskan bahawa AS akan mengkaji semula aktiviti semasanya dan dengan itu akan membuat keputusan tentang mengimbangi keperluan keselamatan dengan perkara-perkara privasi.

Dakwaan tentang kehadiran ejen Agensi Perisik Pusat (CIA) di Pejabat Peguam Negara itu ditimbulkan oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membahaskan Rang Undang-undang Bekalan 2014.

Sementara itu, Yun berkata AS akan mengeluarkan nasihat perjalanan untuk warganya berikutan insiden bunuh dan culik di Pulau Pom Pom, Sabah.

Katanya, lebih banyak maklumat diperlukan sebelum sebarang penilaian dibuat. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan