Dua Komet Hiasi Langit Hingga Bulan Depan

Diterbitkan: Rabu, 20 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Orang ramai boleh melihat dua komet yang dijangka terus menghiasi ruang langit negara ini dari bulan ini hingga bulan depan, kata Agensi Angkasa Negara.

Komet C/2012 S1 (ISON) kini semakin menghampiri Matahari dan waktu yang terbaik untuk melihatnya pada esok (Khamis) sebelum subuh, kata agensi itu dalam kenyataan di sini.

Komet itu akan berada paling dekat dengan Matahari pada 28 Nov.

Selain komet itu, terdapat sebuah lagi komet, C/2013 R1 (Lovejoy) yang agak terang dan kini boleh dilihat di langit pada waktu pagi.

Komet 'Lovejoy' itu ditemui oleh pencerap Australia, Terry Lovejoy pada 9 September dan kini bergerak mendekati Matahari pada 25 Disember.

Ia berada pada ketinggian yang baik untuk dicerap iaitu sekitar 35 hingga 45 darjah dari ufuk timur laut kira-kira sejam sebelum matahari terbit sehingga akhir bulan ini.

Mereka yang berminat, boleh menyertai Program Angkasa 'Talk-Meteor & Comet: Countdown for ISON' pada 23 November bermula jam 8.30 malam hingga 10 malam di Planetarium Negara. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan