DBKL Jumpa Wakil Rakyat WPKL Jelas Kenaikan Cukai Pintu

Diterbitkan: Rabu, 20 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengadakan perjumpaan dengan semua 11 Anggota Parlimen dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur esok untuk menjelaskan mengenai kadar cukai pintu yang akan dinaikkan mulai tahun hadapan.

Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Phesal berkata DBKL amat berharap semua wakil rakyat berkenaan dapat menyampaikan kepada para penduduk di kawasan masing-masing mengenai kenaikan kadar cukai itu.

"Peningkatan kadar cukai pintu pada tahun depan tidak dapat dielakkan kerana DBKL tidak lagi mampu menyerap kos penyelenggaraan dan pengurusan yang bertambah setiap tahun. "DBKL juga tidak perlu terlalu bergantung kepada peruntukan yang diberi oleh kerajaan pusat," katanya kepada pemberita selepas menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) dengan Sirim QAS International Sdn Bhd di sini, Rabu.

Ahmad Phesal berkata kadar baharu yang akan ditentukan kelak akan mengambil kira kepentingan para penduduk dan keadaan ekonomi semasa.

Sementara itu, beliau berkata Sirim QAS International Sdn Bhd dilantik sebagai badan bebas untuk memeriksa tahap kualiti kerja dan perkhidmatan kontraktor supaya mematuhi piawaian dan spesifikasi yang ditetapkan dalam setiap projek DBKL. "Peranan Sirim QAS tidak hanya memeriksa hasil kerja, mereka juga bertanggungjawab untuk memastikan bahan yang digunakan adalah berkualiti tinggi selain membuat ujian tauliah bagi setiap kerja yang diselesaikan" katanya.

MOA itu ditandatangani oleh Ahmed Phesal yang mewakili DBKL dan Pengerusi Sirim QAS International Sdn Bhd, Dr Zainal Abidin Mohd Yusof.

Turut hadir Ketua pengarah DBKL Datuk Salleh Yusop dan Pengarah Urusan Sirim QAS International Sdn Bhd Khalidah Mustafa.

Selain Sirim QAS International Sdn Bhd, DBKL juga mengadakan kerjasama dengan Kumpulan Ikram Sdn Bhd, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan Jabatan Perhutanan bagi memantau kualiti kerja kontraktor yang dilantik DBKL. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan