Bedah Siasat Mayat Hsu Sedang Dijalankan

Diterbitkan: Rabu, 20 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ahli keluarga mangsa warga Taiwan yang ditembak mati mengadakan upacara sembahyang ke atas roh Hsu Lin di kuil Fo Guang Shan Tample di Tawau pada malam Selasa.
Ahli keluarga mangsa warga Taiwan yang ditembak mati mengadakan upacara sembahyang ke atas roh Hsu Lin di kuil Fo Guang Shan Tample di Tawau pada malam Selasa.

TAWAU: Proses bedah siasat sebelum majlis pembakaran sedang dijalankan ke atas mayat lelaki warga Taiwan, Hsu Li Min yang ditembak mati sekumpulan lelaki bersenjata di Pulau Pom Pom, dekat Semporna.

Upcara pembakaran akan dijalankan krematorium Jalan Sin On pada pagi Khamis.

Ahli keluarga Hsu, 57, dan isterinya Chang An Wei, 58, yang diculik selepas dia ditembak mati awal pagi Jumaat lalu, tiba di Tawau pada tengah hari Khamis.

Mereka telah pergi ke rumah mayat Hospital Tawau untuk pengesahan identiti mangsa sebelum proses pembakaran mayat dilakukan.

Mereka turut mengadakan upacara sembahyang ke atas roh Hsu di kuil Fo Guang Shan pada malam Selasa.

Awal pagi Rabu, ahli keluarga Hsu termasuk abangya, Li Renm dua sepupunya serta abang sulung Chang, Richaed telah pergi ke rumah mayat sekali lagi untuk mengisi beberapa dokumen.

Mereka dijangka bergerak ke Resort Pulau Pom Pom selepas makan tengah hari untuk mengambil barangan milik mangsa.

Setakat ini tiada siapa yang mengetahui mengenai nasib Chang dan di mana kumpulan bersenjata dari selatan Filipina itu menyembunyikannya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan