Beberapa Individu di Sabah Dipercayai Mempunyai Kaitan Dengan Ajaran Syiah

Diterbitkan: Rabu, 20 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Terdapat beberapa individu di Sabah dipercayai mempunyai kaitan dengan ajaran Syiah, kata Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri Sabah Datuk Mohd Ariffin Arif.

Beliau berkata bagaimanapun risikan yang dijalankan ke atas individu terbabit masih di peringkat awal.

Katanya dalam usaha membendung umat Islam daripada terjebak dengan ajaran salah termasuk ajaran Syiah, kerajaan negeri telah mengadakan beberapa seminar yang menyentuh bahaya serta ancaman ajaran sesat terhadap akidah umat Islam dan boleh mengancam keselamatan negara.

Beliau berkata seminar itu dianjurkan melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), Pejabat Mufti Negeri, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Kementerian Dalam Negeri.

"Kerajaan negeri sentiasa menjalankan pemantauan, bukan sahaja terhadap ajaran-ajaran salah yang telah difatwakan haram, malahan terhadap ajaran-ajaran yang diragui kesahihannya," katanya ketika menjawab soalan Mohamad Alamin (BN-Bongawan) pada persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah di sini, Rabu.

Mohd Ariffin berkata kerajaan negeri melalui Jawatankuasa Fatwa Negeri turut mengharamkan beberapa ajaran atau fahaman yang menyalahi hukum syarak selain Syiah seperti Qadiani, Nasrul Haq, ajaran Haji Uyut bin Utun, kumpulan Al-Arqam, kumpulan Rufaqa, Bahai, kumpulan berzikir ajaran Hasan anak Rimau dan kumpulan Awang Rezki Bersiri Muhammad.

Juga diharamkan ialah ajaran Azhar Wahab, Tariqah Hasaniah, Tal Tujuh, Islam Jemaah, dan Tariqah Naqsyabandiah Al-Aliyyah Syeikh Nazim Al-Haqqani. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan