Adun Pujut Akan Rayu Pemecatan Dari DAP - Berita Semasa | mStar

Adun Pujut Akan Rayu Pemecatan Dari DAP

Diterbitkan: Rabu, 20 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Fong Pau Teck
Fong Pau Teck

KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pujut, Fong Pau Teck yang dipecat daripada DAP berkata beliau akan membuat rayuan dalam tempoh 14 hari seperti ditetapkan parti.

Pemberita yang menunggu untuk mendapatkan komen Fong berhubung pemecatannya itu sejak sebelum sesi persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak bermula pagi ini, hanya berjaya mendapatkan komennya semasa sesi persidangan DUN berhenti rehat tengah hari.

Ketika diminta mengulas mengenai pemecatannya, Adun itu hanya menjawab 'no comment at this stage' (tiada komen setakat ini) sebanyak tujuh kali, selain turut mengesahkan akan mengemukakan rayuan.

Beliau tetap ingin dikenali sebagai Adun DAP swaktu mengambil bahagian dalam sesi debat persidangan DUN yang bermula Isnin, tambahan pula masih mempunyai 14 hari tempoh rayuan, katanya kepada pemberita ketika ditemui di bilik Adun di Bangunan Dewan Undangan Negeri di Petra Jaya, di sini.

Pada Isnin, Timbalan Pengerusi DAP Tan Kok Wai dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di Kuala Lumpur berkata keputusan pemecatan Fong itu dibuat berdasarkan kepada tindakan Adun Pujut itu yang banyak kali mengingkari arahan parti, dengan itu beliau telah melanggar disiplin parti. BERNAMA

   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan