Urusan Kutipan Zakat Di Bawah Bidang Kuasa Kerajaan Negeri

Diterbitkan: Selasa, 19 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan pusat tidak mempunyai kuasa untuk memungut zakat pendapatan penjawat awam kerana urusan kutipan zakat terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

"Zakat pendapatan (gaji) adalah perkara yang wajib, tetapi pelaksanaan kutipan pula kuasa sepenuhnya kepada negeri, dan adalah sesuatu yang amat sensitif sekiranya zakat ini dikutip melangkaui sempadan," katanya ketika menjawab soalan tambahan Datuk Dr Nik Mazian Nik Mohamad (PAS-Pasir Puteh) pada persidangan Dewan Rakyat Selasa.

Nik Mazian ingin tahu pendirian kerajaan pusat berkenaan zakat pendapatan (gaji) dan adakah kerajaan memberi penerangan kepada penjawat awam mengenai wajibnya zakat pendapatan sebagaimana zakat harta.

Dalam pada itu, Jamil Khir berkata Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah mengemukakan cadangan supaya pekeliling am dikeluarkan untuk pembayaran zakat melalui potongan gaji dilaksanakan ke atas penjawat awam yang beragama Islam di Wilayah Persekutuan.

Katanya, kertas cadangan itu dibentangkan dalam mesyuarat ketua setiausaha kementerian dan ketua perkhidmatan kerajaan persekutuan minggu lepas.

"Pekeliling am yang dicadangkan itu merupakan arahan pentadbiran yang berbentuk sukarela di mana hanya penjawat awam yang bersetuju sahaja akan dibuat potongan gaji," katanya.

Setakat ini, negeri-negeri yang telah melaksanakan potongan gaji untuk bayaran zakat ialah Selangor, Johor, Kedah, Melaka dan Pulau Pinang, katanya.

Beliau berkata agensi lain seperti Lembaga Tabung Haji, MAIWP, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Yayasan Waqaf Malaysia, Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (Jawhar) dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) juga telah melaksanakan pembayaran zakat melalui potongan gaji terus ke pusat pungutan zakat bermula Jun tahun ini.

Hasil kutipan zakat seluruh negara pada tahun lepas berjumlah RM1.87 bilion, katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan