Syarikat Malaysia Perlu Teroka Peluang Yang Lebih Besar Di Bangladesh - PM

Diterbitkan: Selasa, 19 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

DHAKA (Bangladesh): Pembabitan syarikat Malaysia di Bangladesh boleh dipertingkat, bagi meneroka peluang yang lebih besar dalam pasaran negara Asia Selatan itu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata menerusi mesyuarat dua hala dengan rakan sejawatannya Sheikh Hasina semalam, beberapa bidang telah dikenal pasti berpotensi untuk pelaburan dari Malaysia.

Antaranya infrastruktur, penjanaan elektrik, hotel, hospitaliti, telekomunikasi, pendidikan dan industri gas.

"Peluang-peluang ini perlulah kita kenal pasti dengan lebih lanjut lagi," kata Najib kepada pemberita Malaysia sebelum mengakhiri lawatan sulungnya ke negara itu selama tiga hari.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata beberapa projek yang sedang diteliti ketika ini termasuk pembinaan sebuah jana kuasa elektrik, dengan Tenaga Nasional Bhd telah menunjukkan minat yang mendalam untuk mengendalikan stesen jana kuasa elektrik berkenaan yang berkapasiti kira-kira 1,300 megawatt.

Turut disentuh ialah kemungkinan syarikat Malaysia terlibat dalam projek pembinaan 22,000 unit rumah awam, selain pelawaan kepada syarikat Malaysia untuk menyertai tender antarabangsa projek pembinaan jambatan pelbagai guna Padma.

"Saya puas hati (dengan penyertaan syarikat Malaysia) tapi saya fikir ada peluang lagi dan kalau satu dua projek yang saya sebutkan tadi menjadi kenyataan, akan memberi impak yang lebih besar lagi (terhadap pelaburan syarikat Malaysia di Bangladesh)," katanya.

Antara pelaburan syarikat Malaysia di Bangladesh ketika ini ialah melalui 1Malaysia Development Corp yang melabur AS$500 juta (RM1.59 bilion) dalam tiga stesen jana kuasa elektrik dan membekalkan kira-kira 80 peratus tenaga elektrik di Dhaka dan anak syarikat Axiata Group Bhd, Robi Axiata Ltd, yang melabur US$487 (RM1.55 bilion) untuk membangunkan infrastruktur telekomunikasi di negara berkenaan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan