Perhimpunan Agung Umno 2013: Perwakilan Lebih Bebas Bahas Usul

Diterbitkan: Selasa, 19 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Anggota perwakilan Umno diberi lebih kebebasan untuk membahas pelbagai usul termasuk ekonomi, pendidikan dan agama pada Perhimpunan Agung Umno 2013 di Pusat Dagangan Dunia Putra dari 2 hingga 7 Disember ini, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata ini adalah bagi memastikan perwakilan dapat mengupas isu berkaitan usul dengan lebih meluas dan mendalam.

Katanya ia juga membuktikan Umno parti yang terbuka dan sering mengambil kira pandangan pelbagai pihak dalam usaha seriusnya untuk memperkasa parti dan negara.

"Pada kebiasaannya, kita memberikan mereka panduan untuk menentukan perbahasan tidak lari daripada landasan biasa, tapi kali ini kita nak bagi mereka lebih kebebasan untuk mengemukakan idea sama ada berkenaan dengan dasar parti atau pun dasar kerajaan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Kongres Kelapa Sawit Antarabangsa 2013 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini, Selasa.

Muhyiddin, yang juga Timbalan Presiden Umno berkata kebebasan berbahas juga boleh memberi gambaran kepada kepimpinan parti mengenai perasaan anggota berkaitan parti.

Namun, katanya apa yang lebih penting ialah usul yang dibahaskan adalah untuk kepentingan parti dan memberi manfaat kepada rakyat dan negara.

"Mereka boleh menilai sejauh mana transformasi politik yang kita (Umno) sebutkan, sudah dapat kita laksanakan dan apakah hala tuju parti dan kerajaan kita untuk tempoh tahun mendatang," katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata usul yang bakal dibahaskan pada perhimpunan agung parti disediakan oleh Naib Presiden Umno selaku Pengerusi Jawatankuasa Usul Perhimpunan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Menurutnya setakat ini usul yang sudah dimaklumkan ialah ucapan dasar, ekonomi, agama serta pendidikan.

Ditanya apakah yang akan dibangkitkan perwakilan pada perhimpunan lima hari itu, Muhyiddin berkata cadangan penambahbaikan sistem pemilihan baharu yang dilaksanakan Umno baru-baru ini mungkin antara perkara yang bakal dibangkitkan.

"Ini adalah perhimpunan pertama selepas Pilihan Raya Umum ke-13, sudah tentu akan ada penilaian, maklum balas dan post mortem mengenai apa yang mereka rasa tentang pilihan raya itu," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan