Parlimen: Usul Tergempar Bincang Kadar Kenaikan Cukai Taksiran DBKL Ditolak

Diterbitkan: Selasa, 19 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Satu usul tergempar untuk membincangkan cadangan kenaikan cukai taksiran oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Dewan Rakyat, pada Selasa telah ditolak.

Fong Kui Lun (DAP- Bukit Bintang) telah mencadangkan usul itu memandangkan langkah DBKL itu didakwa akan membebankan pemilik kediaman dan premis perniagaan di bandar ini.

"Perkara ini adalah kepentingan awam kerana kenaikan itu akan menyebabkan pemilik rumah perlu membayar kadar yang tinggi. Sebagai contoh, di Taman Seputeh, kadar taksiran bagi rumah dinaikkan dari RM8,760 kepada RM18,000," katanya dalam notis usul.

Fong juga menggesa DBKL untuk menarik balik cadangan untuk menaikkan kadar taksiran dan menggantikannya dengan jumlah yang lebih munasabah.

Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia menolak usul itu di dalam kamar di bawah Perintah Tetap 18 (5), yang hanya membenarkan satu usul tergempar dicadangkan dalam satu persidangan.

Tiga notis usul tergempar telah dikemukakan pada Selasa tetapi hanya yang pertama yang akan diterima oleh Speaker untuk dipertimbangkan.

Notis pertama dikemukakan oleh Jimmy Wong (DAP- Kota Kinabalu) yang mencadangkan mengenai peranan Esscom dibincangkan berikutan kes pembunuhan dan kes penculikan di Pulau Pom Pom, Sabah.

Usul tergempar Wong telah juga ditolak oleh Pandikar Amin.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan