PAC Cadang Penubuhan Jawatankuasa Khas Untuk Setiap Kementerian

Diterbitkan: Selasa, 19 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) akan mencadangkan kepada kerajaan menubuhkan sebuah jawatankuasa khas di setiap kementerian untuk memantau perbelanjaan wang negara, kata Pengerusinya Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Katanya, jawatankuasa khas ini mempunyai fungsi yang sama seperti PAC dengan keanggotaannya terdiri daripada anggota-anggota Parlimen parti kerajaan dan juga pembangkang.

"Kita cuma ada satu PAC sahaja untuk memantau semua kementerian. Sedangkan di United Kingdom (UK), setiap kementerian ada jawatankuasa macam PAC," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen pada Isnin.

Beliau berkata demikian selepas menerima kunjungan sembilan anggota Parlimen UK diketuai anggota Parlimen dari Parti Konservatif UK, Ian Liddell-Grainger.

Katanya, jawatankuasa khas berkenaan akan menyoal perbelanjaan setiap kementerian yang dipantau dan soalan itu harus dijawab oleh menteri atau pegawai tertinggi kementerian berkenaan.

"Di UK, dia ada jawatankuasa khas untuk Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Pertahanan dan sebagainya. Kita dapat idea ini selepas bertukar pendapat dengan rakan-rakan kita dari UK dan difikirkan wajar untuk kita cadangkan kepada kerajaan," katanya.

Soal jawab di antara anggota dalam jawatankuasa khas itu akan meningkatkan lagi interaksi di antara anggota Parlimen dan mereka yang memegang kuasa eksekutif dan seterusnya pentadbiran kementerian akan dapat dilaksanakan dengan lebih baik, katanya.

Sementara itu, Jazlan memuji langkah Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang menawarkan diri untuk bertemu dengan PAC Khamis ini berhubung isu pembayaran RM1.6 juta kepada artis Korea semasa sambutan Hari Belia Kebangsaan tahun lepas seperti yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara baru-baru ini.

Bayaran itu dibuat semasa Ahmad Shabery menerajui Kementerian Belia dan Sukan dan tindakan beliau wajar dicontohi menteri-menteri lain, katanya.

Nur Jazlan juga melarang media mempolitikkan pertemuan PAC dengan Ahmad Shabery kerana tindakan beliau (Ahmad Shabery) lebih kepada rasa tanggungjawab sebagai seorang menteri untuk menjelaskan perkara yang benar dan langkah beliau akan membolehkan PAC mendapat maklumat terperinci. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan