MB Johor Mahu Pihak Berkuasa Tempatan Periksa Status Banglo Villa Nabila

Diterbitkan: Selasa, 19 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Salah satu bahagian di banglo Villa Nabila.
Salah satu bahagian di banglo Villa Nabila.

JOHOR BAHRU: Kerajaan negeri akan menyemak status Villa Nabila yang didakwa "berhantu" sebelum membuat keputusan sama ada ia perlu dirobohkan.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata beliau akan meminta Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) menyemak status banglo tinggal yang terletak di atas bukit dan menghadap ke Selat Johor itu.

"Kita tidak boleh sesuka hati mengambil alih harta atau merobohkannya walaupun ia telah kosong selama bertahun-tahun kerana ia adalah harta persendirian," katanya kepada pemberita di sini, Selasa.

Beliau berkata kerajaan negeri akan meminta MBJB untuk menyiasat sama ada pemilik gagal membayar cukai taksiran tahunan ke atas hartanah tersebut.

Mohamed Khaled berkata kerajaan negeri tidak mempunyai rancangan untuk membangunkan kawasan itu walaupun lokasinya terletak di kawasan utama Danga Bay.

Beliau berkata, jika kerajaan negeri mengambil alih hartanah berkenaan, ia akan mencetuskan satu ketidakbiasaan untuk bangunan terbengkalai yang lain di negeri ini.

"Villa Nabila hanyalah sebuah banglo yang ditinggalkan dan sama ada ia menyeramkan atau tidak seperti yang didakwa oleh pihak-pihak tertentu, masih belum disahkan," kata Mohamed Khaled.

Beliau berkata banglo yang ditinggalkan itu telah wujud di situ selama bertahun-tahun, sambil menambah hanya apabila khabar angin mula tersebar di internet mengenainya, timbul minat yang mendadak terhadap rumah itu.

Pada Ahad, media sosial dipenuhi dengan khabar angin bahawa sekumpulan 23 remaja telah hilang selepas bermain di rumah itu pada Sabtu.

Walau bagaimanapun, pihak polis pada Isnin menafikan khabar angin tersebut dengan menyatakan bahawa hanya seorang budak lelaki berusia 16 tahun dilaporkan hilang.

Dia telah ditemui di rumah kawannya awal hari ini.

Portal pelancongan yang berpangkalan di Amerika, Expedia baru-baru ini menyenaraikan Danga Bay sebagai antara lima tempat yang paling berhantu di Malaysia kerana lokasinya.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan