Kes Culik Di Semporna: Pelancong Taiwan Bukan Sasaran Tunggal - Berita Semasa | mStar

Kes Culik Di Semporna: Pelancong Taiwan Bukan Sasaran Tunggal

Diterbitkan: Selasa, 19 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEMPORNA: Polis mendakwa pelancong yang menjadi mangsa culik, Chang An Wei bukan menjadi sasaran tunggal penculik kerana hubungan beliau dengan isteri kepada Presiden Taiwan.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib pada Isnin berkata laporan berita yang menyatakan mangsa diculik kerana hubungannya dengan Wanita Pertama Taiwan tidak benar, sambil menambah mereka sentiasa bekerjasama dengan polis Taiwan dan mengemaskini perkembangan antara satu sama lain mengenai kes itu.

Media melaporkan bahawa Chang 58 tahun, merupakan bekas rakan sekolah kepada Christine Chow Mei -ching yang merupakan isteri Presiden Taiwan, Ma Ying- jeou.

Mengenai dakwaan bahawa panggilan untuk meminta tebusan telah dibuat kepada keluarga Chang di Taiwan, Hamza berkata keluarga mangsa tidak menerima apa-apa panggilan daripada penculik dan ini telah disahkan oleh rakan sejawatan mereka Taiwan.

Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman Datuk Salleh Mat Rasid mendedahkan bahawa polis akan melancarkan operasi bersepadu besar-besaran untuk mencari dalang tempatan yang berkerjasama dengan penculik.

Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata di Bukit Aman di Kuala Lumpur bahawa polis tidak akan mendedahkan apa-apa maklumat mengenai Chang kepada media demi keselamatan mangsa.

"Kami sedang melakukan segala-galanya dalam bidang kuasa kami untuk menyelamatkan wanita itu. Kami menjalinkan hubungan yang rapat dengan rakan-rakan kami di Filipina untuk menyelesaikan masalah ini secepat mungkin," katanya.

Beliau berkata penculik yang terlibat dalam kejadian itu adalah pengganas, tetapi enggan menyatakan jika kumpulan itu adalah orang yang sama yang menculik dua sepupu dari Malaysia, Tung Wei Jie dan Tung Wei Fei dari ladang di Lahad Datu pada 13 November tahun lepas.

Wee Jie melarikan diri pada bulan Ogos dan telah diselamatkan oleh polis Filipina dan berkata Wei Fei telah mati kerana sakit.

   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan