Kerajaan Teliti Punca Kelembapan Kemasukan Pekerja Bangladesh Melalui Kaedah G2G

Diterbitkan: Selasa, 19 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

DHAKA (Bangladesh): Kerajaan sedang meneliti punca kelembapan kemasukan pekerja Bangladesh dalam sektor perladangan di bawah aturan kerajaan dengan kerajaan (G2G) yang ditandatangani antara Malaysia dan Bangladesh hujung tahun lepas.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata antara punca kelembapan kemasukan pekerja adalah proses pengeluaran visa yang memakan masa dan masalah berkaitan penerbangan dari Bangladesh ke Malaysia.

"Ada dakwaan syarikat swasta yang mengaut keuntungan besar menjadi penghalang kepada kaedah G2G ini kerana mereka tidak dapat mengaut keuntungan melalui proses kemasukan tenaga kerja dari Bangladesh ke Malaysia," katanya dalam sidang media di sini Selasa.

Beliau berkata kerajaan sedang mengkaji dakwaan itu dan berharap kaedah kemasukan secara G2G diguna oleh rakyat Bangladesh yang ingin bekerja di Malaysia bagi menjamin kemasukan pekerja dari negara itu dengan cara betul, mengikut peraturan dan tidak melibatkan kos pembayaran tinggi.

Katanya, setakat ini hanya 718 orang telah dibawa masuk ke Malaysia melalui kaedah G2G.

Dalam pada itu, ketika pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Bangladesh Sheikh Hasina, Najib berkata Hasina memilih aturan G2G kerana tidak rela rakyatnya dieksploitasi oleh pihak tidak bertanggungjawab.

"Mereka (Bangladesh) telah pun mewujudkan pangkalan data untuk rakyat mereka yang berminat untuk bekerja di Malaysia," katanya.

Dianggarkan 500,000 pekerja Bangladesh yang layak disenaraikan di dalam pangkalan data berkenaan manakala permintaan dari syarikat perladangan Malaysia melalui kaedah itu berjumlah 10,000 orang.

Sementara itu, Najib berkata Malaysia mensasar untuk menarik 90,000 pelancong dari Bangladesh tahun ini.

Beliau optimis sasaran itu dapat dicapai berikutan prestasi memberangsangkan tahun lepas apabila 86,000 pelancong dari Bangladesh melawat Malaysia berbanding sasaran awal 70,000 pelancong. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan