Kerajaan Kaji Impak Had Hayat Kenderaan - Hishammuddin

Diterbitkan: Selasa, 19 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Satu kajian menyeluruh akan dilaksanakan kerajaan bagi melihat impak ekonomi dan sosial terhadap orang ramai sekiranya pelaksanaan had hayat kenderaan ditetapkan kepada 12 tahun bagi sesebuah kenderaan.

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata kajian itu akan turut melihat golongan yang mungkin terjejas sekiranya perkara itu dilaksanakan.

"Kita perlu kaji perkara ini, termasuk meneliti kos sara hidup serta kewangan pengguna kenderaan berkenaan sebelum ia boleh dilaksanakan. Keputusan melaksanakan perkara tersebut tidak boleh dijalankan secara terburu-buru," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan buku mewah Op Fajar berjudul 'The Malaysian Success Story in The Gulf of Aden' di Dewan Perkasa, Wisma Perwira, di sini, Selasa.

Beliau mengulas cadangan Ketua Pengarah Institut Keselamatan Jalan Raya Malaysia, Prof Dr Wong Shaw Voon pada 15 November mengenai kenderaan berusia lebih 12 tahun tidak selamat untuk berada di jalan raya kerana terdedah kepada pelbagai kerosakan yang mungkin tidak disedari pemandu. BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan