Jangan Dedah Identiti Mangsa Kes Culik Warga Taiwan - KPN

Diterbitkan: Selasa, 19 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar meminta pihak media tidak mendedahkan identiti mangsa culik warga Taiwan di Pulau Pom Pom, Semporna, Sabah pada Jumaat lepas demi keselamatan mangsa.

Katanya setiap laporan yang mendedahkan identiti mangsa boleh mengancam nyawanya kerana mangsa diculik pengganas dari Selatan Filipina yang terkenal dengan kekejamannya.

Justeru, beliau menyarankan media tempatan supaya mengutamakan keselamatan mangsa dalam membuat laporan berita.

"Apakah motifnya laporan media hari ini bahawa mangsa culik itu mempunyai hubungan dengan golongan pemimpin atasan di negara mereka.

"Adakah media ingin bertanggungjawab terhadap nyawa mangsa jika dia terancam?" katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan sijil pelantikan Editor Bersekutu Institut Keselamatan Awam Malaysia (IPSOM), di sini, Isnin.

Dalam kejadian pukul 1 pagi itu, pelancong lelaki berusia 57 tahun terbabit ditemui mati dengan kesan tembakan pada badan, sementara rakan wanitanya yang berusia 58 tahun hilang, dipercayai diculik oleh sekumpulan pengganas lelaki yang menggunakan senjata berat dari Selatan Filipina.

Khalid juga enggan mendedahkan perkembangan terkini kes berkenaan dan berkata polis menjalin kerjasama erat dengan Polis Filipina dan Aseanapol untuk membebaskan mangsa culik itu.

"Apa yang diutamakan kita ialah nyawa mangsa culik," katanya.

Mengenai IPSOM, beliau berkata IPSOM dizahirkan oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada 20 Mei lepas dan ia adalah sebuah institusi yang berfungsi memberikan cadangan kepada polis dan Kementerian Dalam Negeri melalui kajian-kajian berkaitan keselamatan awam.

Katanya IPSOM dipengerusikan Ahmad Zahid dan terdapat empat pusat utama dalam institusi itu yang diketuai seorang pengarah iaitu Pusat Penyelidikan Keselamatan dan Ketenteraman Awam, Pusat Strategi Lautan Biru Kebangsaan, Pusat Latihan dan Pembangunan Modal Insan dan Unit Pentadbiran dan Kewangan. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan