DAP Pecat Adun Pujut Fong Pau Teck

Diterbitkan: Selasa, 19 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Fong Pau Teck
Fong Pau Teck

KUALA LUMPUR: DAP telah memecat anggota Dewan Undangan Negeri Pujut di Sarawak iaitu Fong Pau Teck, demikian diumumkan oleh Timbalan Pengerusi DAP, Tan Kok Wai.

Tan yang juga pengerusi Jawatankuasa Disiplin parti berkata dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, keputusan itu dibuat berdasarkan kepada tindakan Fong yang banyak kali mengingkari arahan parti, dengan itu beliau telah melanggar disiplin parti.

"Kegagalan Fong untuk membayar sumbangan bulanan yang mandatori kepada parti dan juga kegagalan menyelesaikan tunggakan hasil kenaikan dalam elaun bagi anggota Dewan Undangan Negeri Sarawak, merupakan satu tindakan membelakangkan arahan parti," katanya.

Dengan itu, Tan berkata jawatankuasa itu mendapati bahawa Fong adalah contoh tidak baik bagi parti, dan tidak boleh dimaafkan dan dengan itu Jawatankuasa Disiplin telah membuat keputusan sebulat suara untuk memecat beliau.

Fong diberi 14 hari untuk merayu secara rasmi terhadap keputusan tersebut.

Jika rayuan Fong ditolak, bilangan wakil DAP di Dewan Undangan Negeri itu akan berkurang daripada 12 kepada 11 orang.

DAP juga memenangi enam kerusi Parlimen di Sarawak pada Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu.

Sebelum itu pada September, anggota Dewan Undangan Negeri DAP bagi Luyang di Sabah, Hiew King Cheu meninggalkan parti dan bertindak sebagai wakil Bebas kerana tidak sependapat dengan pemimpin-pemimpin DAP di negeri itu.

Hiew menyatakan sokongan beliau kepada anggota Dewan Undangan Negeri Klias, Datuk Lajim Ukin daripada PKR sebagai ketua barisan pembangkang di Sabah sementara partinya pula memilih anggota Dewan Undangan Negeri Tamparuli, Datuk Wilfred Bumburing. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan