Abdul Khalid Bentang Belanjawan Terbesar Dalam Sejarah Negeri Selangor

Diterbitkan: Selasa, 19 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Peruntukan RM1.85 bilion untuk bajet 2014 Selangor adalah yang terbesar dalam sejarah negeri.

Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim yang membentangkan bajet di Dewan Undangan Negeri pada Selasa berkata 66.2 peratus daripada bajet telah diperuntukkan untuk perbelanjaan operasi, yang juga merangkumi perbelanjaan bekalan dan pembiayaan.

Khalid juga mengumumkan bahawa rizab negeri adalah yang tertinggi dalam sejarah Selangor.

"Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengumumkan bahawa sehingga 31 Oktober 2013, dana gabungan Selangor dalam bentuk wang tunai dan pelaburan adalah sebanyak RM2.7 bilion.

"Jumlah ini menunjukkan bahawa rizab negeri adalah yang tertinggi yang pernah dicapai dalam sejarah Selangor," kata Khalid.

Khalid juga berkata, mungkin ada kritikan ke atas pengumpulan aktif rizab negeri disebabkan oleh kurangnya kefahaman mengenai pengurusan kewangan dan fiskal.

Beliau juga mengumumkan bahawa 33.78 peratus dari bajet itu akan digunakan ke arah perbelanjaan pembangunan.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan