Tun Mahathir Dimasukkan Ke IJN Akibat Jangkitan Dada

Diterbitkan: Isnin, 18 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada Isnin dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) akibat jangkitan dada.

Menurut kenyataan daripada pejabat beliau, Dr Mahathir telah disahkan mempunyai jangkitan dada dan kini sedang menjalani rawatan serta fisioterapi.

"Pasukan perubatan sedang memantau keadaan beliau dan berpuas hati dengan kemajuannya," menurut kenyataan itu.

Dr Mahathir, 88, dijangka berada di IJN untuk beberapa hari bagi membolehkan pasukan perubatan memantau perkembangan lanjut beliau termasuk sesi fisioterapi dan senaman.

Doktor menasihatkan beliau tidak menerima pelawat kecuali anggota keluarga. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan