Pertarungan Sengit Kumpulan Ulama-Anwarisme Pada Pemilihan PAS

Diterbitkan: Isnin, 18 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Tuan Ibrahim Tuan Man
Tuan Ibrahim Tuan Man

PETALING JAYA: Pemilihan PAS akan menyaksikan pertarungan sengit antara golongan ulama dan profesional (Anwarisme) di mana 1,200 perwakilan akan memilih barisan kepimpinan parti yang baharu pada Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-59 di Shah Alam, mulai 22 November ini.

Satu perempat daripada 61 calon bertanding untuk merebut 18 kerusi bagi jawatankuasa pusat mempunyai latar belakang pendidikan agama.

Namun, golongan ulama di dalam parti kelihatan berasa terancam dengan kumpulan minoriti yang dikaitkan dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Secara tradisinya, PAS telah menyaksikan perebutan kuasa antara kumpulan ulama dengan profesional yang biasanya dirujuk sebagai Erdogan.

Nama tersebut diambil dari Perdana Menteri Turki, Recep Tayyib Erdogan yang disifatkan sebagai pemimpin Islam moden.

Dan ia masih samar jika undi seramai 1,230 perwakilan akan mencerminkan sentimen sebenar di peringkat akar umbi kerana ada segelintir pihak melihat PAS sebagai sekutu yang lemah dalam Pakatan Rakyat.

"Malangnya, ahli yang pro-Erdogan juga seolah-olah menyokong kumpulan Anwarisme kerana kepentingan politik," kata seorang pakar.

Beberapa bulan lalu, golongan ulama muda di dalam parti melaksanakan strategi kempen agresif menerusi laman media sosial untuk mengkritik kenyataan golongan Anwarisme dan Erdogan yang didakwa menjejaskan parti.

Ini termasuk kenyataan mereka berhubung penggunaan 'kalimah Allah' di kalangan bukan Islam dan keperluan untuk menyerahkan beberapa kerusi PAS kepada sekutu mereka demi kebaikan Pakatan Rakyat.

Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib, yang menang tanpa bertanding, baru-baru ini mencadangkan supaya PAS mengkaji semula kedudukan mereka di dalam Pakatan.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut mempertahankan jawatannya.

Penyandang Timbalan Presiden, Mohamed Sabu akan dicabar Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah untuk merebut jawatan itu.

Tiga lagi yang dicalonkan untuk bertanding jawatan No.2 menolak pencalonan itu dan akan merebut jawatan Naib Presiden.

Mereka adalah Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) dan penyandang Naib Presiden, Datuk Husam Musa dan Salahuddin Ayub.

Calon lain yang akan bertanding jawatan Naib Presiden adalah Pesuruhjaya PAS Kedah yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.

Selain Tuan Ibrahim, ahli jawatankuasa pusat, Datuk Abu Bakar Chik antara seorang lagi kumpulan ulama yang akan mencabar tiga calon kumpulan profesional.

Bekas Ketua Penerangan PAS, Suhaizan Kaiat, Zulhazmi Sharif dan Kamarulzaman Muhammad akan berdepan saingan tiga penjuru untuk jawatan Ketua Pemuda.

Anak kepada Abdul Hadi, Mohd Khalil akan bertanding jawatan Timbalan Ketua Pemuda dalam pertembungan satu lawan satu dengan Dr Raja Ahamd Iskandar Raja Yaakob Al-Hiss.

Dewan Muslimat PAS akan menyaksikan pertembungan pusingan kedua antara penyandang jawatan ketua, Siti Zailah Mohd Yusof dengan Nuridah Salleh.

Nuridah tewas kepada Siti Zailah pada pemilihan parti 2011.

Penyandang Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS, Dr Siti Mariah Mahmud akan dicabar Mumtaz Mohd Nawi.

Sementara itu, penyanyi Wan Aishah Wan Ariffin atau lebih dikenali sebagai Aishah, antara 23 calon yang akan bertanding merebut 12 kerusi yang ditawarkan bagi jawatankuasa kerja sayap itu.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan