Penguatkuasa Agama Terengganu Dibenar Bawa Senjata Api Sejak Lima Tahun Lalu - Exco

Diterbitkan: Isnin, 18 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Kerajaan Terengganu membenarkan pegawai penguatkuasa agamanya membawa senjata api sewaktu bertugas sejak lima tahun lalu, kata Exco Pelajaran, Pengajian Tinggi, Inovasi dan Tugas-tugas Khas Ghazali Taib.

Beliau berkata langkah itu bagi menjamin keselamatan pegawai terbabit ketika menjalankan operasi.

"...memang setiap kali menjalankan operasi mereka dibekalkan senjata api dan memang mereka digalakkan membawa senjata tersebut," katanya dalam sidang media sempena perasmian Pameran Haiwan Berbisa 2013 di Muzium Terengganu, di sini, Isnin.

Menurut Ghazali semua pegawai terbabit dilatih dengan penggunaan senjata api.

"Mereka juga disahkan oleh doktor tidak mempunyai masalah kesihatan seperti sakit mental," katanya.

Sementara itu, Pengarah Muzium Negeri Mohd Yusof Abdullah yang turut hadir, berkata pameran yang bermula hari ini sehingga 31 Dis tersebut bertujuan mendidik masyarakat untuk mengenali haiwan berbisa dengan lebih dekat.

"Sebanyak 18 spesies ular berbisa dari luar negara dan tempatan dipamerkan antaranya ular orok-orok (Rattle snake), 'Equatorial spitting cobra', 'Suphan cobra', ular tedung selar serta ular senduk. "Selain itu, turut dipamerkan ialah reptilia air berbisa, haiwan aquatik berbisa seperti landak laut, pari, obor-obor, serta serangga berbisa seperti labah-labah dan kala jengking," katanya.

Menurutnya Lembaga Muzium Negeri Terengganu menyasarkan 100,000 pengunjung melawat pameran berkenaan. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan