Kes Culik Di Semporna: Mangsa Culik Ada Hubungan Dengan Isteri Presiden Taiwan

Diterbitkan: Isnin, 18 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Berbincang...Naib Presiden, Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia, Datuk Gan Sau Wah (tengah) dan Dewan Perniagaan dan Perdagangan Kapitan Semporna, Ho Kim Chang (kiri) bertemu dengan Setiausaha Pertama Kerajaan Taiwan ke Malaysia, Charles Chou di Semporna.
Berbincang...Naib Presiden, Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia, Datuk Gan Sau Wah (tengah) dan Dewan Perniagaan dan Perdagangan Kapitan Semporna, Ho Kim Chang (kiri) bertemu dengan Setiausaha Pertama Kerajaan Taiwan ke Malaysia, Charles Chou di Semporna.

KUALA LUMPUR: Pelancong warga Taiwan, Chang An Wei yang dilarikan dari sebuah pulau di Sabah, berkemungkinan menjadi sasaran utama kumpulan lelaki bersenjata yang menculiknya.

Kumpulan tersebut mungkin menganggap wanita berusia 58 tahun itu sebagai sasaran berprofil tinggi kerana kaitannya dengan Christine Chow Mei-ching, isteri kepada Presiden Taiwan, Ma Ying-jeou.

Mereka merupakan rakan sekolah.

Beliau dan suaminya mungkin menjadi sasaran utama kerana kekayaan yang dimiliki mereka.

Kedua-dua mangsa dikatakan telah bersara selepas menjual kilang pakaian mereka untuk melancong ke seluruh dunia.

Abang kepada Chang, Da Gong memberitahu sebuah stesen TV Taiwan pada Sabtu bahawa Chang dan Chow pernah bersama-sama menuntut di Sekolah Persendirian Tsai Hsing.

"Saya juga menuntut di sekolah yang sama," katanya dalam temubual itu.

Kumpulan bersenjata itu melarikan Chang dan membunuh suaminya pada awal pagi Jumaat lalu.

Kumpulan Abu Sayyaf dipercayai dalang utama penculikan tersebut yang bermotifkan untuk mendapatkan wang tebusan.

Sekiranya mereka mengetahui spekulasi hubungan Chang dengan Chow, kumpulan tersebut mungkin akan meminta wang tebusan yang banyak untuk membebaskannya.

Kira-kira tiga minggu lalu, sumber perisikan kedua-dua pihak di perairan Malaysia-Filipina melaporkan khabar angin mengenai rancangan kumpulan Abu Sayyaf di Patikul, Jolo untuk memasuki perairan pantai timur Sabah.

Suami Chang, Hsu Lin Min, 57, dikatakan mati ditembak selepas menyedari kumpulan bersenjata itu cuba menculik isterinya.

Laman web The Liberty Times di Taiwan memetik abang kepada Hsu, Li Ren sebagai berkata, Li Min mungkin dibunuh kerana berbadan tegap.

Katanya, lelaki bersenjata itu mungkin melepaskan tembakan daripada bergelut dengan Li Min yang berketinggian 180cm dan mempunyai berat badan 100kg.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis percaya Chang masih lagi hidup.

Menurut beliau, pihak polis sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa Filipina untuk mengesan dan menyelamatkan Chang.

Khalid berkata beliau telah mengeluarkan arahan supaya semua pegawai menutup mulut dalam siasatan yang dijalankan agar tiada butiran lanjut didedahkan kerana ia boleh mengancam nyawa dan proses menyelamatkan mangsa.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan