Kemukakan Bukti Rasuah Babitkan Pegawai Imigresen - Alias

Diterbitkan: Isnin, 18 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Imigresen Datuk Alias Ahmad menggesa pihak yang melempar tuduhan mengemukakan bukti konkrit pegawainya terbabit rasuah dan melepaskan warga asing yang diseludup ke negara ini menggunakan dokumen palsu.

Ini kerana katanya tuduhan itu boleh menjejaskan moral warga imigresen yang selama ini komited terhadap tanggungjawab mereka.

"Saya anggap laporan yang disiarkan dalam akhbar sebagai kes terpencil kerana sehingga kini belum ada laporan rasmi mengenai dakwaan itu," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan sijil pelantikan Editor Bersekutu Institute of Public Security of Malaysia (IPSOM), di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini, Isnin.

Beliau mengulas laporan sebuah akhbar berbahasa Melayu mendakwa terdapat perbuatan rasuah membabitkan pegawai imigresen yang menerima sogokan ratusan ribu ringgit sebulan, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT).

Alias juga kesal dengan laporan akhbar itu yang memberi gambaran elemen rasuah dalam imigresen di luar kawalan sedangkan hakikatnya tidak begitu.

Beliau berkata pihaknya juga akan menjalankan siasatan terhadap anggota imigresen yang didakwa menerima rasuah. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan