Kementerian Komunikasi Akan Terus Beri Penjelasan Kepada Rakyat Mengenai Esscom

Diterbitkan: Isnin, 18 November 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LAHAD DATU: Kementerian Komunikasi dan Multimedia akan terus memberi penjelasan kepada masyarakat mengenai fungsi dan peranan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom).

Timbalan Menteri berkenaan Datuk Jailani Johari berkata perkara itu penting bagi memastikan rakyat memahami tugas yang dipikul oleh Esscom dalam menjaga kedaulatan negara khususnya di pantai timur Sabah.

"Saya harap dengan kerjasama ini kami dapat menjadi telinga dan mata kepada Esscom dan dapat menyampaikan maklumat secara terus kepada orang ramai.

"Sebelum ini kami juga telah mewujudkan Komuniti 1Malaysia di bawah Jabatan Penerangan dan entiti ini telah diguna sebagai antara kaedah proaktif untuk menyampaikan maklumat kepada Esscom," katanya kepada pemberita selepas melawat ibu pejabat Esscom di sini, Isnin.

Ketibaan Jailani disambut oleh Pengarah Bahagian Perisikan Keselamatan Esscom Datuk Ahmad Nadzer Nordin dan Pengarah Bahagian Perisikan Pertahanan Esscom Datuk Mohd Noor Osman.

Beliau kemudian mendengar taklimat yang disampaikan oleh Ahmad Nadzer mengenai operasi dan peranan Esscom. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan